CHAPTER 71

19.2K 450 24
                                    

TYPO ALERT‼️ MACAM BIASA KALAU ADA TYPO SILA COMMENT 🫶🏻🥹

Aqieef mengemaskan mejanya pantas. Hari ini dia nekad ingin memujuk cik isteri yang melancarkan perang dingin dengannya selama dua minggu sejak kejadian isterinya mendengar perbualannya dengan 'Arzrieq, abang kembar 'Armielya. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Mati kutu dia mencari idea untuk bercakap dengan 'Armielya. Sudahnya perbualan mereka berakhir dengan pergaduhan.

Selama dua minggu ini juga, mood 'Armielya berubah-ubah. Sekejap okay, sekejap tak okay. Kalau mood 'Armielya okay, dia boleh tidur sekatil dengan cik isteri. Itupun hujung-hujung katil je. Kalau mood tidak berapa nak okay, jawabnya dia terpaksa mengalah tidur dekat sofa la. Huru-hara hidupnya apabila 'Armielya melayannya acuh tak acuh begitu.

Usai mengemas meja, kakinya melangkah laju keluar dari companynya tanpa menoleh kiri dan kanan. Masuk sahaja ke dalam kereta, pedal minyak ditekan laju keluar dari perkarangan parkir bangunan itu. Dalam hatinya cuma ada satu misi. Misi memujuk cik isteri kesayangan. Sampai sahaja di rumah agam itu, kakinya melangkah laju ke arah pintu utama. Pintu rumah itu dikuak bersama senyuman.

"Atieef! Aryan! Adam! I'm home! Come, give me a hug!", jerit Aqieef teruja.

Tiba-tiba senyumannya mati. Ruang rumah itu seakan kosong. Kosong tanpa anak-anaknya. Kebiasaannya pulang sahaja ke rumah, Atieef dan Adam akan datang menyambutnya. Aryan? No. Never. Aryan tak akan buat benda pelik macam tu. Dia cuba menyedapkan hatinya. Atas kot. Desis hatinya. Anak tangga dipanjat laju. Pintu bilik mereka dikuak. Namun, bilik itu kosong. Bilik anak-anaknya pun kosong. Suara triplets pun tidak kedengaran.

Hatinya mula berdetak penuh debaran. Tubir matanya mula bertakung dengan cecair panas. Perasaan takut mula menghimpit jiwanya. Dia jatuh melutut ke lantai. Kali ini dia betul-betul terasa kehilangan. Air mata mula mengalir deras di pipi.

"Ya Allah... Kenapa pengakhiran aku macam ni... Kenapa aku harus diuji lagi... Kenapa aku perlu merasai kehilangan mereka sekali lagi... Kenapa bukan orang lain... Aku tak sanggup hidup tanpa isteri dan anak-anak aku, Ya Allah... Aku tak kuat... Aku tak kuat... Apa salah aku sampai aku perlu hadap masalah ni lagi... Sakit Ya Allah... Sakit...", rintihnya sendirian.

Perasaannya ketika ini bercampur baur. Hatinya seperti ditikam berkali-kali. Sakit itu hanya dia yang rasa. Hanya dia yang melaluinya. Buku lima dikepal menjadi penumbuk lalu ditumbuk-tumbuk lantai beberapa kali bagi menghilang rasa sakit dihatinya. Namun, tingkahnya itu hanyalah sia-sia. Dia menangis hiba dalam keadaan sujud ke lantai.

Lama dia begitu, tiba-tiba pintu bilik itu diketuk seseorang. Aqieef menyeka air matanya laju dengan belakang tangan. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihela berat. Dua tiga kali dia buat begitu sehingga emosinya sedikit tenang. Ditegakkan tubuhnya yang sujud pada lantai itu sebelum bangun berdiri. Pintu bilik itu dihampirinya dan dikuak perlahan. Terjengul muka Ben di situ.

"Kau nak apa?", tanya Aqieef dingin.

"Err... Madam pesan kalau Childé sampai rumah bagitahu yang Madam dan anak-anak pergi rumah ummi Childé", bagitahu Ben. Matanya setia menekur lantai. Tidak berani berlawan pandang dengan mata helang itu. Sebaik sahaja Ben memberitahu hal sebenar, muka Aqieef berubah lega. Nafas dihela perlahan. Ya Allah... Sayang buat abang takut. Bisik hatinya perlahan.

"Kenapa dia bagitahu kau? Kenapa tak call aku je?", tanya Aqieef.

"Madam cakap dia dah mesej, tapi tak berjawab", jawab Ben.

Dahi Aqieef berkerut. Phone di dalam poket diseluk laju. Ibu jarinya menekan butang 'on', namun tidak bernyala. Dia berdecit perlahan. Patutlah tak dapat mesej, rupa-rupanya bateri habis. Rungutnya dalam hati. Ni kes Aryan hilangkan wayar USB yang dia simpan di dalam kereta la ni. Kalau tidak, boleh je dia charge dalam kereta tadi semasa on the way balik ke rumah. Nafas dihela berat.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now