CHAPTER 6

12.5K 469 6
                                    

Tok...Tok...Tok...

"Adik...", panggil Tengku 'Arzrieq Qaiesy Qarl sambil tangannya tidak berhenti mengetuk pintu bilik Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl. Pintu dikuak dari dalam selepas 5 minit. Tersembul muka Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl yang baru sahaja bangun dari tidur. Tengku 'Arzrieq Qaiesy Qarl menggelengkan kepalanya melihat muka mamai adiknya itu. Haih nasib adik aku ni comel kalau tidak, memang boleh pengsan aku kalau muka macam mak limah, getus hatinya.

"Morning little girl", sapa Tengku 'Arzrieq Qaiesy Qarl sambil tersengih pada Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl a.k.a kembar tak seirasnya itu.

"Erm awalnya abang Rieq bersiap nak ke office", ujar 'Armielya. Sesekali dia menguap kecil.

"Haah... Harini abang Rieq gerak awal sikit ke office. Ada banyak kerja belum settle", ujar 'Arzrieq.

"Owh... Patut lah... Ni abang Rieq nak apa datang bilik adik ni?", tanya 'Armielya sambil jari menenyeh-nenyeh matanya.

"Hehe... Abang nak pinjam kereta adik harini. Boleh ke?", tanya Tengku 'Arzrieq Qaiesy Qarl dengan muka penuh berharap.

"Erm boleh je... Nanti adik tumpang angah or along", jawab 'Armielya separuh mamai.

"Yes... Thank you my princess. Okay lah, abang Rieq nak cepat ni. Pergi dulu. Bye...", ujar Tengku 'Arzrieq Qaiesy Qarl sedikit teruja. Dia mencium dahi 'Armielya sebelum mengatur langkah laju menuruni anak tangga.

"Eh sekejap! Kenapa dengan kereta abang Rieq?", tanya 'Armielya sedikit pelik.

"Owh lupa nak cakap. Tayar kereta abang pancit. Abang tak sempat hantar bengkel sebab nak kena cepat ni. Porshe dengan volkswagen abang pulak ada dekat penthouse", jelas Tengku 'Arzrieq Qaiesy Qarl sambil menaip sesuatu pada skrin phonenya.

"Okay lah sayang abang pergi mandi ye. Abang Rieq dah nak kena gerak ni", sambung Tengku 'Arzrieq Qaiesy Qarl lagi sebelum melangkah turun. 'Armielya mengangguk perlahan.

"Okay... Bye abang Rieq?", ujar 'Armielya sambil melambai-lambai Tengku 'Arzrieq Qaiesy Qarl. Dia menguap lagi sebelum menutup pintu biliknya. Dia melangkah ke katilnya. Dicapai phonenya.

"Ish baru pukul 6.15 pagi. Sambung tidur la kejap", omel 'Armielya perlahan. Dibaringkan tubuhnya kembali ke katil empuk itu. Nasib dia tengah bendera jepun. Kalau tidak, sekarang dia sudah tergopoh-gapah mandi lah jawabnya. Arh! Indahnya tidur. Getus hati kecilnya. Dia kembali terlena.

*******

"Along!!! Bangun laa", jerit 'Armielya sedikit kuat. Naik lenguh tangannya kerana asyik mengetuk pintu bilik alongnya yang tidak juga terbuka itu. Dahla dia lambat nak pergi kerja. Ini la padahnya tidur balik pagi tadi. Alih-alih dah pukul 7.45 dah. Kereta dia pun Tengku 'Arzrieq Qaiesy Qarl yang drive. Dia mengeluh perlahan.

"Ye baby... Kenapa bising-bising ni?", tanya Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl bersama muka mamai. 'Armielya sudah terbiasa dengan pelbagai panggilan dari abang-abangnya. Sebab itu dia tidak kisah.

"Kenapa bising-bising along tanya?!!", mata Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl membulat luas. Suara sudah naik seoktaf

"Yelah kan awal lagi ni", ujar Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl lagi. Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. Sesekali mulutnya menguap luas. Tak senonoh.

"Awal apanya along ni. Sekarang ni dah pukul 8 pagi, along tahu tak?", tanya 'Armielya sambil mencekak pinggangnya.

"Haah tahu dah pukul 8", jawab Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl tanpa dia sedar. Tiba-tiba matanya terbuntang luas. Dia seakan baru tersedar dari mimpi indah.

"WHAT!!! DAH PUKUL 8??! Asal adik tak kejut along awal-awal", jerit Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl gelabah. Dicapai tualanya sebelum berlari masuk ke dalam tandas. 'Armielya yang berdiri tegak didepan pintunya dibiarkan.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now