CHAPTER 68

14.1K 510 27
                                    

🚨 TYPO ALERT...KALAU ADA TYPO SILA COMMENT 🥹

"OPEN THE DOOR!!!", jerit Aryan kuat.

Pintu itu dipukul-pukul geram. Tak cukup dengan pukul, Aryan menendang pintu itu sekuat hatinya. Sedar sahaja daripada lena, dia sendiri terkejut dengan keberadaan dirinya. Dia terkurung di dalam sebuah bilik tanpa adik-adik kembarnya. Tangan dan kakinya tidak berikat memudahkannya untuk memberontak.

"YOU ARE A WITCH!!!", jerit Aryan kuat.

BUM!! BUM!!

Aryan masih tidak putus asa menendang pintu. Tak cukup dengan itu, habis ruang bilik disepahkannya. Sekali tengok dah macam tongkang pecah. Kerusi dan meja diterbalikkannya dengan segaja. Kertas-kertas yang ada dalam bilik itu dikoyak-koyak dan dibaling ke lantai. Dinding bilik juga dicontengnya menggunakan marker pen permanent yang dijumpai di dalam laci meja solek yang berada di sebelah katil usang itu. Bantal-bantal diselerakkan. Cadar tilam ditarik dan dibuang ke lantai.

Walaupun orang-orang upahan Atiya setia menjaga pintu bilik itu seperti yang disuruh, mereka tidak mengendahkan jeritan dan amukan Aryan yang dikurung di dalam bilik itu. Bukan bermakna mereka membuat kerja sambil lewa, tetapi apabila melihat wajah comel Aryan, jauh disudut hati mereka simpati dengan nasib budak lelaki itu. Apa la yang mereka perlu buat dengan budak berumur tiga tahun itu.

Petang itu, Atiya muncul di rumah arwah neneknya di mana dia mengurung Aryan. Dia sengaja pisahkan triplets itu kerana budak lelaki bernama Aryan tersangatlah degil dan suka melawan. Dia mahu menyeksa budak yang degil itu hidup-hidup sepuasnya. Manakala lagi dua orang ditinggalkan di kolam renang yang tertutup milik Gabriel tanpa Gabriel tahu.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik dimana dia mengurung Aryan, pintu itu dikuak kasar. Matanya membulat apabila melihat keadaan bilik yang berselarak seperti tongkang pecah itu. Dengan dinding berconteng. Bantal-bantal berterabur isinya kerana Aryan bertindak mengguntingnya tanpa bersalah. Dadanya mula berombak panas apabila melihat Aryan sedang menayangkan muka puas hatinya.

Tubuh itu didekatinya. Matanya mencerlung garang kepada Aryan. Namun, Aryan sikitpun tidak gentar. Malah dia sempat mengacukan gunting yang berada ditangannya kepada Atiya. Atiya tersenyum sinis sebelum ketawanya pecah.

"Kau nak bunuh aku?", tanya Atiya sinis sebelum tangan kecil itu ditepis kasar sehingga gunting itu terpelanting jatuh. Tangan kecil Aryan dipulas geram.

"Sakit lah!", bentak Aryan. Dahinya berkerut menahan sakit. Matanya sedikit berkaca.

"Ray! Cepat pegang budak ni! Aku nak ajar budak kurang ajar ni", ujar Atiya bengang.

Orang upahan Atiya yang bernama Ray itu bergegas memegang tubuh Aryan. Aryan meronta-ronta kecil. Muka Atiya nampak puas tika ini. Matanya naik memandang Aryan dari atas sampai bawah bersama senyuman sinis. Tangannya naik mencengkam rahang kecil itu kasar. Dipaksa muka itu mendongak memandangnya.

"Kau betul-betul degil lah budak! Kau tahu tak kau tengah duduk rumah siapa ni? Kau tahu tak siapa yang tengah berdiri depan kau sekarang ni?", tanya Atiya kasar.

"You are mad, auntie!", bentak Aryan. Mata Atiya mencerlung tajam. Cengkaman di rahang Aryan semakin ditekannya kuat.

"Berani kau cakap aku gila ya... Sini aku tunjuk betapa gilanya aku", ujar Atiya sambil menyeringai seram. Dilepaskan cengkaman di rahang itu dengan kasar. Kemudian tangannya naik melayang ke atas dan pipi Aryan ditampar kuat. Dua kali. Kiri dan kanan sehingga bibir Aryan sekali lagi mengeluarkan cecair merah. Dia tersenyum sinis melihat Aryan meringis kesakitan. Jauh di sudut hatinya, dia seakan mahu membunuh budak itu dengan kejam.

Aryan tahu dia tidak mampu melawan perempuan dihadapannya ini. Dia juga tahu kalau dia meronta sekalipun, semua itu adalah sia-sia.

"You are a hypocrite! You are a witch!", sembur Aryan sinis.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now