CHAPTER 15

12.4K 425 14
                                    

"Hello... Kau kat mana Qarl?", tanya Tengku Aqieef Darweesy geram sambil menggenggam erat billiard stick miliknya. Dah berapa kali call tapi tak juga sampai. Kevin pandang muka bengang Aqieef sambil tergelak. Aqieef menjelingnya tajam.

"Weh sekejap la... Aku nak hantar adik aku balik ni", jawab Tengku 'Arwish Qaiesy Qarl tenang. Raut wajah Aqieef sedikit mengendur apabila mendengar alasan Qarl mahu menghantar 'Armielya pulang.

"Emm... Okay. Cepat sikit... Aku nak discuss something ni", ujar Aqieef serius.

"Okay bro... Nanti aku sampai", ujar Qarl seraya mematikan talian. Dia kembali fokus pada pemanduannya.

"Hurm... Pukul berapa pula ni Qarl nak sampai?", tanya Rain sambil meneguk jus lemon dihadapannya.

"Entah... Dia cakap nak hantar adik dia balik rumah dulu", ujar Aqieef dengan raut wajah yang sudah bertukar tenang. Kevin agak pelik melihat raut wajah Aqieef yang berubah tiba-tiba.

"Kau kenapa Qief?", tanya Kevin pelik. Aqieef memandang Kevin dengan dengan dahi yang berkerut.

"Takde apa-apa", jawab Aqieef sambil berdehem kecil.

"Yeke? Tadi bukan main kau berasap dengan Qarl yang tak sampai-sampai lagi en? Sekarang ni kenapa tiba-tiba mood kau elok pula ni? Tenang semacam je", tanya Kevin lagi dengan muka berkerut.

Adwa yang tengah memegang billiard stick mengorak langkahnya ke arah Aqieef yang duduk di single sofa itu. Dia juga pelik melihat tingkah Aqieef yang sedang merenung skrin phone macam nak tembus pun ada.

"Kau tenung apa tu Childé Qi?", tanya Adwa sambil cuba mengintai skrin phone Aqieef.

Aqieef tersedar dengan tingkah Adwa itu cuba menyorokkan phonenya. Tetapi Megat terlebih pantas merampas phone Aqieef dari belakang. Dibuka iPhone Aqieef dengan muka terkejut sambil menutup mulutnya.

Rain, Adwa dan Kevin memandang pelik melihat reaksi Megat yang jelas terlopong itu. Aqieef cepat-cepat bangun untuk merebut phonenya kembali tetapi Megat dengan pantas mencampak phone itu kepada Kevin.

"Weh Kevin... Cepat buka kalau kau nak tahu", jerit Megat bersama sengihan nakal.

Tidak mahu berlengah, Kevin membuka phone Aqieef kerana phone itu tercampak di ribanya. Dia terlopong apabila terpandangkan walpaper iPhone Aqieef. Dia seperti tidak percaya yang King of Cloud Palace menyimpan gambar seorang perempuan.

Dulu couple dengan Atiya Dato' Sabri takde macam tu pula. Rahang Aqieef bergerak-gerak menahan amarah. Dia melangkah laju ke arah Kevin. Melihat langkah Aqieef menuju ke arahnya, Kevin cepat-cepat menunjukkan wallpaper phone Aqieef ke arah Adwa dan juga Rain. Mata mereka berdua membulat terkejut. Aqieef merampas kasar phonenya. Wajahnya sudah bertukar rona.

"Yang korang sibuk sangat apahal?", ucap Aqieef geram. Mereka berempat saling berpandangan antara satu sama lain.

"Err... Qief, kau kawan yang aku kenal ke ni?", tanya Rain tidak percaya. Aqieef memberikan jelingan tajam. Rain menelan liurnya laju.

"Kau Megat... Dah lama ke hidup?", tanya Aqieef dengan wajah yang membeku.

Megat tersengih walaupun dalam hati dah menggeletar takut. Siapa tidak takut dengan Childe Qi, King of Cloud Palace a.k.a mafia yang tiada perasaan belas kasihan. Dia tabik la siapa yang berani cabar King of Cloud Palace.

"Qief... Who is that girl? She's so beautiful. I'm impressed", tanya Kevin dengan teruja.

Mata helang Aqieef merenung Kevin tajam. Adwa membuat isyarat supaya jangan tanya tetapi Kevin tidak faham dengan isyarat Adwa. Adwa mengeluh perlahan. Manakala Aqieef membaling bantal yang berada di ribanya tepat ke muka Kevin tanda geram. Hatinya tiba-tiba menggelegak panas apabila Kevin memuji 'Armielya. She's mine... No one can praise her especially me, getus Aqieef dalam hati bengang.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now