CHAPTER 50

12.4K 302 22
                                    

Dari jauh kelihatan seorang perempuan berumur 20an sedang berjalan dari satu kedai pakaian ke kedai pakaian yang lain. Ditangannya sudah banyak paper bag yang tergantung kiri dan kanan. Tetapi kakinya masih lagi tetap melangkah teguh melewati kedai-kedai pakaian yang belum dimasukinya.

Baru sahaja dia mahu melangkah masuk ke kedai pakaian yang berjenama Uniqlo itu, matanya tertangkap satu figura yang sangat dikenalinya. Figura itu sedang menikmati makanan di kedai yang berhadapan dengan kedai Uniqlo. Bibirnya melorekkan senyuman nipis. Diaturkan kakinya ke arah figura itu.

"Abang!!!", sergah Qiss Medina dari belakang.

Pufffff....

Dek kerana terkejut, bihun sup yang baru sahaja disuapnya itu tersembur keluar ke atas meja. Adwa terbatuk-batuk kerana tersedak kuah sup. Tangan naik menepuk-nepuk dadanya sendiri untuk menghilangkan rasa pedih di dada.

"Opss... Abang... Sorry... Qiss bukan sengaja nak sergah abang", muka Qiss jelas serba salah. Tangannya naik menepuk-nepuk perlahan belakang badan lelaki itu sambil tangannya pantas menghulurkan tisu yang berada di atas meja itu.

Huluran itu bersambut. Kepala Adwa naik memanggung melihat gerangan yang menyergahnya itu. Mukanya memerah merah menahan amarah sebaik sahaja matanya melihat perempuan yang cukup dikenalinya itu. Usai mengelap bibirnya, tisu itu dibaling kasar ke atas meja.

"Kau ni hidup kalau tak menyusahkan aku tak boleh eh?", sindir Adwa geram. Air di hadapannya dihirup perlahan lalu gelas itu dihentak sedikit kuat ke atas meja. Qiss menahan rasa. Dia cuba untuk tersenyum.

"Qiss minta maaf abang", ujar Qiss lagi.

Adwa mengeluh perlahan. Matanya naik memerhati Qiss yang berdiri itu dari atas sampai bawah. Gadis itu hanya mengenakan blouse putih berlengan panjang dan tennis skirt petak-petak separas paha. Rambutnya yang ikal mayang itu dibiarkan lepas tak berikat. Hurm cantik. Desis hatinya perlahan. Dia berdehem seketika mengawal perasaan yang hadir tiba-tiba sebaik sahaja terpandangkan paha yang putih melepak itu.

"Ni kau buat apa dekat sini?", tanya Adwa sengaja memancing mood Qiss yang kelihatan hambar itu.

Qiss mula tersenyum melebar kerana Adwa sudi bercakap dengannya. Kerusi di sebelah Adwa ditariknya dan duduknya dilabuhkan. Beg kertas yang dipegangnya itu diletakkan di kerusi kosong berhadapan dengannya.

"Eh... Eh... Kau ni. Aku tak pelawa kau duduk pun. Ni asal duduk sebelah aku? Pergi lah duduk dekat kerusi kosong depan tu", tegur Adwa. Rahangnya bergerak-gerak menahan rasa. Qiss tersengih.

"Tak nak. Nak duduk sebelah abang juga", balasnya degil.

"Huh... Sabar je lah aku dengan budak kecil ni. Mudah betul mood dia berubah ceria. Macam budak 3 tahun dipelawa ice-cream", dengus Adwa perlahan. Tetapi telinga Qiss dapat menangkapnya.

"Apa abang cakap?!", tanya Qiss bersama renungan yang tajam.

"Tak ada apa. Aku bukan astro nak kena ulang-ulang banyak kali. Suara yang keluar dari mulut aku tersangat limited", jawab Adwa selamba. Tangan diangkat untuk memanggil pekerja kedai itu. Qiss tayang muka jengkelnya.

"Ish benci la dekat abang ni", gerutu Qiss geram.

"Aku tak suruh kau sayang aku pun", ujar Adwa selamba. Mata Qiss terbuntang luas.

"Eiiii... Perasan betul abang ni. Sejak bila Qiss cakap Qiss sayang abang", bentak Qiss. Bahu Adwa dipukul perlahan. Tak kuat tapi pukulan itu masih terasa. Adwa abaikan. Bukan sakit pun.

"Back to the topic. What are you doing here?", tanya Adwa.

"Qiss shopping. Tak nampak ke tu paper bag banyak-banyak", sindir Qiss sambil memberikan jelingan maut.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now