CHAPTER 29

12.1K 388 19
                                    

Baru sahaja 'Armielya mahu membuka pintu kereta, tetapi Aqieef terlebih dahulu membukanya. Dahinya berkerut. Eh, sejak bila pula mamat ni keluar kereta. Tadi elok je duduk sebelah aku. 'Armielya menjeling tajam apabila Aqieef menayangkan senyuman manis padanya. Baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam boutiquenya, Aqieef memanggilnya.

"Sayang, macam tu je pergi? Tak salam tangan suami dulu ke?", ujar Aqieef berbaur menyindir.

'Armielya menghentikan langkahnya lalu berpaling melihat Aqieef yang santai berpeluk tubuh sambil bersandar pada Volkswagen Arteon itu. Dia menghampiri Aqieef sambil merengus geram. Tangannya dihulurkan tetapi tidak bersambut.

"Cepatlah. Tadi sindir kita tak salam suami", rungut 'Armielya. Tangan masih dihulurkan. Aqieef tersenyum senget mendengar rungutan itu.

Melihat Aqieef yang seperti tidak mahu mengalah, 'Armielya menarik tangan Aqieef yang sedang berpeluk tubuh itu sedikit kasar. Dia tunduk mengucup tangan Aqieef seraya berpusing mahu meninggalkan lelaki itu. Tiba-tiba tangannya ditarik lembut menyebabkan tubuhnya kembali menghadap Aqieef.

"Ni untuk kasih sayang abang for my lovely little pumpkin", ujar Aqieef lalu tunduk mencium dahi 'Armielya. Muka 'Armielya terasa panas tiba-tiba. Jantungnya mula bermain irama apabila bibir lembut itu menyentuh dahinya.

"Ni untuk morning kiss abang", ujar Aqieef sambil mencium kedua-dua belah pipi 'Armielya. Dia merenung wajah 'Armielya yang semakin membahang itu dengan senyuman nakal sebelum matanya jatuh merenung bibir merah cik isteri. Dia menelan liurnya perlahan. Nafsunya meronta-ronta untuk menjamah dua ulas bibir itu. Dia tunduk memagut lembut bibir 'Armielya. Mata 'Armielya terbuntang luas sebelum meronta untuk dilepaskan.

"Aqieef... Apa awak buat ni. Tak malu betul", bentak 'Armielya sambil menutup mulutnya. Eiii suami siapa entah dia ni. Tak makan saman betul. Eii aku la kalau boleh ketuk kepala dia tu, dah lama aku ketuk. Biar betul-betul biul. Monolognya dalam hati. Aqieef tersengih sambil menjilat bibirnya. Emm...Manis. Bisik hatinya.

"A slight kiss untuk bekal abang pergi kerja", ujar Aqieef sambil mengeyit matanya kepada 'Armielya. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman bangga. Bangga dapat mencium isteri sendiri.

"Erghhh... Habis lipstick saya", marah 'Armielya. Dia mengecilkan matanya melihat wajah Aqieef yang masih melakarkan senyuman itu dengan geram. Dia menjeling lalu melangkah masuk ke boutiquenya.

"Bye sayang... Kerja elok-elok. Lunch nanti abang ambil. Kita lunch sekali", ujar Aqieef dengan sedikit lantang. Dia tersenyum melihat 'Armielya menghentak-hentakkan kakinya ke lantai. Kepalanya tergeleng-geleng sebelum melangkah masuk ke keretanya. Dipandu keretanya meninggalkan boutique 'Armielya dengan girang.

"When I see your face... There's not a thing that I would change... Cause you're amazing... Just the way you are...", Aqieef menyanyi perlahan lagu Bruno Mars itu dengan senyuman yang masih tidak lekang dibibirnya. Hatinya bahagia sangat tika ini.

*******

Masuk sahaja ke boutique, dahinya berkerut apabila pekerja-pekerjanya memandangnya dengan sengihan.

"Apa yang korang sengih-sengih ni?", tanya 'Armielya pelik.

"Err... Sorry Cik... Eh, Puan 'Armie... Lipstick Puan 'Armie comot", bagitahu Hana takut-takut. Mata 'Armielya membulat. Tangannya naik menutup mulutnya. Pipinya membahang merah. Kakinya cepat-cepat melangkah masuk ke officenya.

"Don't call me Puan... Just Cik 'Armie", tegur 'Armielya sebelum berlalu masuk.

Dia mengetap bibirnya geram. Ish ni semua salah Aqieef. Dia menapak ke arah bilik solat untuk membaiki lipsticknya yang comot.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now