"Morning meine perle (my pearl). Meine perle nak masak apa ni?", sapa 'Ardrif sambil merangkul tubuh kecil Nuha kemas. Dicium pipi itu lembut sebelum melabuhkan dagunya ke bahu Nuha. Muka Nuha bertukar rona apabila dilayan begitu.
"Apa abang ni... Kak Yanti ada tu. Segan la Nuha. Lagi-lagi kalau mama nampak kita berdua macam ni", bisik Nuha perlahan. Tangannya yang lincah memotong bawang itu berhenti seketika. Dicubit lengan 'Ardrif yang sedang memeluknya itu. 'Ardrif berdecit sakit.
"Apa meine perle (my pearl) ni. Cubit-cubit abang ni. Tak baik tau buat suami macam ni", bisik 'Ardrif ditelinga Nuha.
Sengaja dia menghembus nafasnya dileher jinjang Nuha yang terdedah itu. Nuha menggeliat kegelian. Ish dia ni. Tak faham bahasa betul mamat ni. Mukanya bertambah merah apabila matanya bertembung dengan Kak Yanti yang sedang tersengih melihat gelagat mereka berdua.
"Abang!! Malu la Nuha. Abang tengok la Kak Yanti pandang kita tu. Abang pergi duduk dekat depan la. Kalau abang asyik nak berkepit macam ni, macam mana Nuha nak buat kerja ni", rengek Nuha perlahan. Ya Allah rasa nak gigit budak Nuha ni. Omel 'Ardrif dalam hati.
"Alaa... Sayang buat la. Abang tak kacau sayang pun. Abang nak tengok je sayang buat apa", ujar 'Ardrif manja sambil mengeratkan lagi pelukannya.
"Kalau macam ni, Nuha tak nak la masak. Biar Kak Yanti je masak. Lagipun petang nanti kita nak balik rumah mama abang kan? So, biar Nuha rehat je harini", ujar Nuha dengan nada merajuk sambil memalingkan badannya menghadap muka 'Ardrif.
'Ardrif hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah Nuha seperti keanak-anakkan itu. Dicium dahi Nuha geram. Nuha berdecit geram. Rasa nak ketuk-ketuk je 'Ardrif dengan sudip kayu.
"Ish abang ni... Makin ditegur, makin menjadi dia ni. Suami siapa la ni", bentak Nuha geram.
"Suami sayang la", jawab 'Ardrif sambil mencium bibir Nuha sekilas. Tangan Nuha naik mahu memukul 'Ardrif tetapi 'Ardrif terlebih pantas melarikan diri.
"Tahu takut!!", jerit Nuha sambil menjeling geram. Tiba-tiba wajah Datin Ameena terjengul di muka dapur. Muka Nuha terus berubah cuak.
"Apa yang bising-bising ni Nuha. Dah siap masak ke belum?", tegur Datin Ameena.
"Err... Belum mama", jawab Nuha cuak. Manakala 'Ardrif sudah terkekeh melihat muka cuak isterinya itu.
"Ish kamu ni. Mama minta kamu gorengkan mi aje. Bukan suruh kamu buat cucu sekarang. Cepat sikit goreng mi tu. Nanti papa turun nak makan", bebel Datin Ameena lagi.
Wajah Nuha nampak ketara merah. Malu ditegur begitu oleh mamanya. Diketap giginya geram. Siap la nanti 'Ardrif. Dia nak mogok. Tak nak bercakap dengan 'Ardrif satu hari, gerutu hatinya. Eh? Satu hari je Nuha? Ye la satu hari je. Tak boleh lama-lama. Nanti rindu. Nuha berperang dengan perasaannya sendiri.
"Ye Nuha nak goreng la ni. Abang 'Ardrif tu sibuk kacau Nuha", rungut Nuha perlahan. Tangannya kembali menyambung kerja yang tergendala tadi.
"Dahla mama nak tengok tanaman mama. Malas nak melayan kamu. Dah siap nanti panggil mama. Kak Yanti, nanti buatkan air Nescafé sekali. Hidang dekat meja makan. Nanti Dato' turun nak makan", arah Datin Ameena seraya mengorak langkah ke taman mininya.
*******
Sampai sahaja di perkarangan Villa Qaiesy Qarl, 'Ardrif pusing menghadap Nuha Aleena yang mogok tidak mahu bercakap dengannya. Ditarik tangan Nuha lalu dikucupnya lembut.
"Sayang... Sayang tak nak bercakap dengan abang langsung ke?", tanya 'Ardrif dengan suara sedih.
Nuha mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Padan muka. Siapa suruh buat perangai. Takut la tu nanti kena soal dengan Datin Qaisara Qaiesy Yap. Aku kan menantu kesayangan mama, sorak hatinya girang. Riak mukanya cuba dikawal. Riak beku setia menghiasi wajahnya.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...