CHAPTER 58

10.8K 330 13
                                    

*GUYS, KALAU ADA TYPO PLEASE COMMENT 🙏🏻

"Hello Myaa... Kau nak apa call aku?", soal 'Armielya. Tangan sibuk memakaikan baju untuk Atieef. Antara mereka bertiga, Atieef terpaling liat untuk pakai baju sendiri. Kalau boleh semua benda nak mommy dia tolong buatkan. Terlebih manja macam Aqieef.

Myaa tayang muka jengkelnya kepada 'Armielya. Mata meliar mencari kelibat anak buahnya.

"Aku call kau bukan nak cakap dengan kau. Mana anak-anak fruit aku? Aku rindu dengan dorang", ujar Myaa selamba. 'Armielya mengetap bibirnya apabila mendengar jawapan Myaa.

"Ada... Dorang tengah main dekat ruang tamu. Ni Atieef. Baru siap mandi", jawab 'Armielya sambil menunjukkan muka Atieef ke skrin phone sebelum meletakkan kembali ke ribanya.

"Ish aku tak nak tengok muka kau. Bagi phone ni dekat Atieef", arah Myaa.

"Kurang asam punya kawan", ujar 'Armielya.

"Buat apa pandang kau. Aku dah bosan. Aku rindu anak-anak fruit aku tu ha", ujar Myaa bersama sengihan. 'Armielya julingkan matanya ke atas.

"Atieef... Pegang phone mommy sayang. Auntie Myaa nak cakap", ujar 'Armielya sambil menghulurkan phonenya kepada Atieef. Atieef menyambut huluran itu. 'Armielya bangun menyidai tuala yang digunakan ke ampaian.

"Hai Atieef!!!", jerit Myaa teruja. Telinga 'Armielya dapat menangkap suara teruja kawannya itu. Kepala digelengkan bersama sengihan di bibir. Macam Atieef. Desis hatinya.

"Hai auntie Myaa!!", sapa Atieef ikut sama menjerit. Myaa tersenyum senang.

"Atieef buat apa tu? Tak rindu auntie Myaa ke?", soal Myaa ceria.

"Atieef baru sudah mandi. I miss you badly auntie Myaa", jawab Atieef. 'Armielya tersengih mendengar jawapan Atieef. Badly la sangat. Semalam dah video call. Harini video call lagi. Sempat ke nak rindu. Monolog 'Armielya dalam hati.

"Atieef... Come here. Kita pergi dekat Aryan dengan Adam", ajak 'Armielya. Kaki kecil itu terkedek-kedek mengekori si ibu.

"I miss you too baby. Where are your brothers, Atieef?", soal Myaa.

"Ada", jawab Atieef.

"Let me see! Let me see!", pinta Myaa tidak sabar. Atieef berlari mendapatkan Aryan dan Adam.

"Atieef... Don't run", tegah 'Armielya. Namun Atieef masih lagi berlari-lari anak mendekati abang-abangnya.

"Aryan... Adam... Look, who's here", ujar Atieef.

Aryan dan Adam yang tengah leka bermain scrabble itu menoleh serentak. Wajah Adam berubah ceria. Dilorekkan senyuman manis kepada Myaa sambil melambai-lambai tangannya. Manakala Aryan hanya memandang Myaa tanpa sebarang riak. Myaa memicingkan anak matanya. Ish nak kena budak ni. Kerek betul macam daddy dia. Getus hatinya tidak puas hati.

"Aryan... Adam... You guys buat apa tu? Both of you tak rindukan auntie ke?", soal Myaa teruja.

"We're playing this auntie Myaa", jawab Adam sambil menunjukkan kotak Scrabble dengan teruja. Mata Myaa membulat.

"Wow! Really? Do you guys know how to play with it?", tanya Myaa dengan riak terkejut.

"Yes... We played it at school", jawab Adam.

"Wow... I'm impressed. Auntie Myaa pun tak tahu macam mana nak main tu", ujar Myaa. Dan senyumannya mati sebaik sahaja mendengar jawapan Aryan.

"Because you are stupid", selamba Aryan berkata.

Wajah Myaa cemberut masam. 'Armielya yang baru sahaja duduk di sebelah Aryan tergelak melihat air muka Myaa yang ketara tidak puas hati itu. Aryan bangun dan duduk di riba 'Armielya. 'Armielya peluk tubuh itu dengan perasaan sayang yang menggebu. Pipi itu dikucup lembut.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now