"Wow... Meriah breakfast pagi ni", ujar Aqieef yang baru sahaja turun. Dilihat nasi dagang dan bihun goreng terhidang di atas meja makan.
"Haah meriah sikit harini. Semua ni isteri kamu yang masak. Dahla sedap. Abi dah dua kali tambah ni", jawab Tan Sri Nazri dan dalam masa yang sama turut memuji air tangan 'Armielya.
"Dahi kamu dah kenapa tu Aqieef?", tanya Puan Sri Khalida yang sedang menikmati nasi dagang. Aqieef mengerling 'Armielya yang baru sahaja keluar dari dapur. Dilihat 'Armielya sedang menatang sedulang air coffee. Tangannya laju membantu cik isteri. Acah-acah suami mithali. 'Armielya menjeling Aqieef tajam. Aqieef tersenyum kecil melihat jelingan 'Armielya.
"Owh dahi ni... Angah terhantuk dekat dinding toilet ummi. Malas nak buka lampu punya pasal", jawab Aqieef. Takkan la nak bagitahu benda betul pula kan?
"Ish kamu ni... Sejak bila kamu jadi cuai macam tu", bebel Puan Sri Khalida.
"Awak ni Ida. Dah tahu tanya pula. Sejak ada isteri la jadi macam tu", balas Tan Sri Nazri.
Aqieef tersengih manakala muka 'Armielya sudah memerah merah. Dia cuba memekakkan telinga. 'Armielya mencedok nasi dagang ke pinggan Aqieef dan bihun goreng ke pinggannya. Dia melabuhkan duduk di sebelah Aqieef.
"Thank you sayang", ucap Tengku Aqieef Darweesy sambil memberikan ciuman di pipi 'Armielya sekilas.
Pipi 'Armielya bertambah merah apabila melihat senyuman Puan Sri Khalida. Laju sahaja tangan 'Armielya mencubit paha Aqieef tanpa orang lain sedar. Aqieef menyeringai sakit. Kalau hari-hari macam ni memang lebam badannya. Apalah nasib dapat isteri yang berkawan baik dengan ketam ni. Omel hatinya.
"So, apa plan korang? Nak honeymoon dekat mana? Angah dah discuss dengan 'Armielya?", tanya Tan Sri Nazri. 'Armielya pandang Aqieef dengan pelbagai persoalan. Honeymoon? Kenapa aku tak tahu menahu pun pasal ni? Nak marah, tapi kena sabar. Nanti bila dah berdua dengan mamat ni, kau marah la dia. Detik hati 'Armielya.
"Err... Angah tak discuss lagi dengan Lya pasal ni. Tapi dah alang-alang abi tanya, why not kita discuss sekarang kan sayang?", tanya Aqieef sambil memandang wajah cik isteri di sisi yang jelas tidak berpuas hati dengannya. Apabila merasakan dirinya menjadi tumpuan, 'Armielya berdehem kecil cuba mengawal perasaannya.
"Err...", 'Armielya tergagap tidak tahu nak menjawab apa.
"Ehem!! Lya? Orang lain panggil 'Armie, angah tiba-tiba panggil 'Lya' dah kenapa", celah Myaa yang baru sahaja turun.
"Biar la angah nak panggil isteri angah apa. Lagipun 'Lya' kan ada dalam nama tu. Sweet apa panggil 'Lya', kan sayang?", ujar Aqieef sambil mengenyitkan matanya kepada cik isteri.
Pipi 'Armielya merah lagi. Setiap minit ada sahaja benda yang nak di usik. Masak kalau macam ni hari-hari. Daripada tak ada darah tinggi auto ada darah tinggi. Omel 'Armielya dalam hati. Dia hanya tersenyum nipis sambil menyuap bihun ke mulutnya.
"Eleh sweet la konon. Semalam bini siapa entah yang lari masuk bilik kita. Angah buat apa semalam dekat bini angah", ejek Myaa.
'Armielya tersedak mendengar ejekan Myaa. Tak guna punya kawan. Kejadian semalam seperti di ulang tayang kembali. Pipinya kembali terasa pijar.
"Eh... Sayang jangan gelojoh. Nah air", hulur Aqieef. Huluran bersambut. Aqieef mengusap perlahan belakang badan 'Armielya. Dia merenung Myaa yang sedang memandang mereka sambil tersengih-sengih itu dengan pandangan tajam. Tan Sri Nazri dan Puan Sri Khalida hanya menggelengkan kepala mereka.
"Hehe... Sorry 'Armie", ucap Myaa.
'Armielya hanya menggeleng kepalanya perlahan. Lama-lama dengan family Aqieef, nanti ada juga yang sakit jiwa ni. Gumam hatinya. Dia berdehem kecil.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...