Prolog

757 32 4
                                    

"For my dear little sister,

Abang akan sentiasa sayang adik walau abang sudah tiada di sisi adik nanti. Abang harap adik akan sentiasa gembira selalu.

Maafkan abang sebab tinggalkan adik. Tapi, jangan ingat, selepas ni abang tak bahagia, abang yakin dengan izin Allah, abang akan bahagia bersama Adila di alam sana.

Belajar rajin-rajin ya adik. Jadilah seorang doktor yang adik impikan dari dulu tu. Jadi hamba yang taat. Anak yang baik. Dengar cakap mama dan papa. Abang Zayden dengan Kak Tya jugak.

Abang hadiahkan adik rantai abang. Jaga elok-elok ya? Jangan sedih lama-lama bila abang dah tak ada nanti.

Adik abang seorang yang hebat. Abang bangga ada adik bernama Zayra. Abang sayangkan Zayra sangat-sangat.

Abang pergi dulu. Bye, adik. Assalamualaikum!"

Sekeping kertas daripada insan yang sangat aku sayang itu mampu meretakkan segala hati aku.

Sekarang, aku hanya mampu menatap dari jauh keranda milik abangku yang dibalut dengan bendera negara.

Segala-galanya berlaku dalam sekelip mata. Aku pegang rantai milik abang disebalik tudungku itu.

Dan aku tak sangka, aku sempat memeluk abangku buat kali terakhir.
Dia akan pergi meninggalkan aku selamanya.

Aku tak pernah ucap bahawa aku sayang kepadanya pun dulu. Dia dah pergi. Dan aku dah terlambat.

Dan sejak insiden itu, aku mula berubah. Aku jadi semakin dingin.

Sehinggalah, datang seorang lelaki berbangsa Turki dalam hidupku.

Dia. Ya dia. Dia yang mengubahku menjadi lebih baik.

Deniz. Aydel Deniz. Itu namanya. Nama yang akan aku ingat sampai bila-bila.

Namun, kami sudah berpisah haluan. Dia dengan hidupnya, dan aku dengan hidupku.

Aku tak tahu akankah kami bertemu kembali. Walaupun aku harap kami akan berjumpa lagi satu hari nanti.

Dengan izin Allah, tiada yang mustahil.

****

"Zayra! Zayra! Mama panggil makan. Jom!" Jerit kak Tya.

Baru tiga bulan lebih tragedi berdarah itu berlaku. Namun, aku masih belum sembuh dari luka itu.

Keluar bilik pun aku malas. Aku hanya menyepi sahaja di sini.

Aku takut kalau aku keluar bilik lagi, aku akan diculik oleh orang jahat macam dulu.

Jujur, aku agak trauma. Takut sangat.

"Zayra tak ada selera lagilah akak! Nanti kalau Zayra lapar, Zayra keluar la. Jangan kacau." Jeritku.

Kak Tya hanya diam. Seperti selalu. Itulah jawapanku setiap kali dia memanggilku makan, dan itu jugalah reaksinya.

Hanya diam. Dan risau.

Dan aku dengar tapak kakinya sudah berlalu pergi dari bilikku itu.

Dan aku pun sudah tak pergi sekolah untuk sebulan ini. Aku masih rasa trauma. Nasib pihak sekolah membenarkan.

Aku sudah berumur 16 tahun. Masih jauh perjalananku untuk menjadi seorang doktor yang hebat.

Itu impianku. Di saat abang-abangku ingin menjadi perwira negara dalam soal kekuatan, aku pilih untuk jadi perwira negara dalam soal kesihatan.

Dan aku tahu aku kena lawan trauma ini. Kalau tidak, impian aku itu sampai ke sudah takkan tercapai.

Pintu sekali lagi diketuk. Aku sudah mula berang. Kak Tya ni tak faham bahasa ke?

When God's Will ✔️   (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now