Aku tersentak.
"Sekali lagi?" Soalku.
Dia senyum lagi.
"I love you, Zayra. So much." Luahnya lagi siap tambah extra.
Mataku meluas. Nak jawab apa ni? Aku pun ada perasaan dekat dia. Tapi, kenapa susah sangat nak balas balik?
"Saya... saya..." Balasku tergagap.
"It's okay if you don't love me. Yet. Cuma saya nak pastikan dulu, awak ada perasaan tak dekat saya?" Ujarnya. Matanya masih penuh mengharap.
Perlahan-lahan aku mengangguk. Ni ja aku mampu buat.
Dia senyum senang.
"Alhamdulillah. Kalau macam tu, saya janji saya akan halalkan awak once kita dah habis belajar." Katanya.
Aku keliru.
"Kita?" Soalku. Dia baru habis ijazah. Cepatnya nak ambil MBA?
"Yes. Kita. Honestly, habis saya graduate hujung tahun ni, saya kena sambung belajar di US. For MBA. Lepas tu, kerja dekat situ untuk 5 tahun." Balasnya. Riaknya terus sedih.
Begitu juga dengan air mukaku.
"Awak pula nak sambung medic betul? 6 tahun lebih jugak. Dekat UK kan?" Soalnya.
Aku mengangguk lemah. Rasa sebak.
"Seems we have to separate again." Luahnya sayu.
Bergenang mataku. Haa sudah, aku dah nak nangis.
"Itu berita buruknya. Kalau kita nak jumpa pun, mungkin 10 tahun akan datang." Ujarnya.
"Saya janji, Zayra, lepas saja saya habis kerja di US, saya janji saya akan datang semula dekat awak. Saya akan halalkan awak. Baba dan anne saya dah tahu pasal kita." Jujurnya.
Aku kemam bibir. Menahan air mata dari mengalir yang nampaknya akan gagal tak lama lagi ni.
"Betul ni janji?" Soalku. Dia laju mengangguk.
"Macam mana kalau ada apa-apa jadi dekat awak?" Soalku risau. US tu lagi merbahaya dari UK.
"I'll let you know, dear. Dan saya janji saya akan jaga diri." Katanya.
"Takkan curang?"
"Never."
"Tak kahwin atau tunang dengan perempuan lain?"
"I would not. Never."
"Okey." Ucapku sayu.
"Saya minta maaf sebab kita kena berpisah macam ni. But I promise everything will be okay." Janjinya lagi.
Aku hanya memuncungkan mulut. Sedih.
"Please don't cry. It hurts me too. We'll be together soon. Trust me." Pujuknya lembut.
Aku mengangguk sambil mengelap air mata.
Kemudian, Deniz bangun dan mencangkung di sebelahku. Pandang wajah masamku.
"Buat masa sekarang, kita luangkan masa sebanyak yang boleh bersama. Lusa kita pergi Turki. There's many things I wanna show you there." Ujarnya.
Aku terus senyum teruja. Ya, dia betul. Lebih baik fikirkan masa sekarang.
"Dah, jom balik. Okey? Nanti masak asam pedas lagi. Rindu nak makan." Mintanya.
Aku ketawa perlahan.
"Boleh je. Ni nak kena turun lagi la ni? Tak boleh ke terbang je." Bebelku.
Dia ketawa.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...