Aku dan Deniz jalan beriringan di dalam pusat membeli-belah itu.
Kemudian, kami masuk ke dalam Uniqlo untuk membeli pakaian musim sejuk.
"Beli je mana yang awak suka. Don't worry about the price." Katanya.
Aku mengangguk. Terus, berjalan keliling kedai itu.
Banyak juga pilihan jaket musim sejuk.
"Kalau boleh kita beli sekali. Sama warna." Ujarnya.
Aku senyum senget.
"Kalau saya nak warna merah jambu ni? Awak still nak beli sama dengan saya?" Soalku cuba mengusiknya.
Dia ketap bibir. Geram.
"Sejak bila awak suka warna ni? Bukan awak suka biru ke, especially navy blue?" Soalnya.
"Tetiba tersuka pula warna merah jambu ni. Nak lah yang ni." Kataku.
Deniz hanya mengeluh pasrah.
"Anything for you, darling." Katanya mengalah. Kemudian, dia menyuruh pekerja di situ untuk mengambil set jaket musim sejuk berwarna merah jambu lelaki dan wanita.
Aku senyum senang. Tak sabar nak tengok dia pakai warna pink.
Kemudian, aku sambung membeli baju-baju di situ macam turtleneck sweater, knitted cardigan, dan scarf.
Setelah rasa macam banyak sangat aku beli, baru rasa bersalah sebab aku guna duit dia. Padahal aku bawa je duit aku sendiri.
Duit Deniz bagi dulu pun aku tak guna lagi.
"Awak bayar yang ni jelah. Yang lebih ni saya bayar." Kataku.
Dia kerutkan dahi. Terus, merampas segala baju-baju di tanganku dan terus bergerak ke kaunter bayaran.
Aku terus membututinya. Baru nak bukak mulut, dia dah cerunkan mata kepadaku. Suruh aku akur sahaja apa yang dia buat.
Jadinya, aku hanya diam. Sehinggalah dia selesai membayar, kami pun keluar dari situ.
"Terima kasih. Mahal tu." Ujarku. Mungkin tak semahal Versace, tapi bagiku masih mahal sebab dia yang bayarkan.
"My pleasure." Balasnya senyum kepadaku.
"Sini la saya bawak beg tu." Arahku. Dia terus menggeleng.
"I'm a man. Your man. It's my duty and pleasure to comfort and please you." Katanya yakin.
Wah, lepas dah luah perasaan ni, makin bersemut dia ni.
Sudahnya, aku hanya diam. Nak bawak sangat kan?
Kemudian, aku tertancap pada kedai jam tangan berjenama Michael Kors itu.
Kemudian, pandang Deniz. Hari jadi dia dah nak dekat. Eloklah kalau aku bagi hadiah kan. Walau tak semahal jam tangan Cartier miliknya.
"Boleh tak awak tunggu saya dekat Starbucks sana. Saya ada hal sikit lah. Hal wanita." Selorohku.
Deniz keliru. Kemudian, aku minta kunci kereta sebentar sebab nak ambil barang.
Dia hanya akur. Pandai-pandailah dia faham hal wanita tu apa. Kemudian, aku berlalu ke tandas.
Aku mengintainya. Dia pergi masuk ke dalam Starbucks. Dan nasib baik dia duduk membelakangi jendela kedai.
Terus, aku melangkah laju masuk ke dalam kedai jam tu.
"Welcome! May I help you miss?" Ujar seorang pekerja di situ.
![](https://img.wattpad.com/cover/354592686-288-k252907.jpg)
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
Storie d'amoreSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...