"Saya nak jumpa awak harini. Saya datang office awak."
"Okey."
Aku menghantar mesej untuk Deniz. Tinggal lagi sehari sebelum dia selamat berkahwin dengan Aylin.
Esok aku dan Sarah akan bergerak ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia.
Harini adalah hari terakhir aku bekerja di sini. Sarah pula esok baru dia secara rasminya berhenti kerja di hospital itu.
Aku sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerja Deniz.
Kemudian, Finch dan Violet kembali bising. Aku melangkah ke arah sangkar mereka.
Mereka saling berkicauan antara satu sama lain. Saling bercinta.
"I love you, Zayra."
Terngiang-ngiang ungkapan cinta dari Deniz itu dalam fikiranku.
Rasa sebak datang menerpa kembali. Aku angkat sangkar burung itu dan bergerak ke balkoni luar.
"You guys will be free. Go flying together in the air. Don't forget about me!" Kataku seraya membuka sangkar itu.
Finch menunggu Violet untuk keluar dulu, setelah itu baru dia keluar dan mengikuti Violet dari belakang.
Aku hanya memerhati mereka berterbangan keliling awan di atas sana itu.
Sangat bahagia. Tidak perlu terperuk di dalam sangkar lagi.
Mungkin aku juga perlu belajar untuk bebaskan diri dari belenggu fikiranku.
Aku capai telefonku di dalam poket dan buka bahagian galeri.
Gambar aku dan Deniz semasa di taman burung aku tatap sayu.
Burung-burung itu masih muda dan segar seperti kami dulu.
Sekarang mereka berhak untuk bebas. Lagipun segalanya hanya tinggal kenangan.
"Zayra, kau okey tak ni?" Soal Sarah sambil melangkah ke arahku.
Terus, aku mengelap air mata yang mengalir tadi.
Aku mengangguk. Cuba senyum.
"Kau lepaskan Finch dan Violet?" Soalnya.
Aku hanya senyum tawar memandang ke langit.
"They deserve to be free together. Let them have their own heaven here." Ujarku.
Sarah mengusap bahuku perlahan. Salur kekuatan.
"Jangan sedih, Zayra. Aku ada untuk kau." Pujuknya.
"Mestilah kau ada untuk aku. Kalau kau tinggal aku, siap kau." Gurauku. Sarah terus mencebik.
"Dah lah jom gi kerja." Ajakku. Sarah akur.
Sekali lagi, aku pandang ke langit. Finch sedang terbang sekeliling Violet. Sangat comel.
Goodbye, Finch and Violet.
***
"I want to meet Mr. Özdemir. I already told him." Pintaku.
Lelaki yang merangkap sebagai PA Deniz itu mengangguk dan pergi ke arah pintu untuk memaklumkan kepada Deniz.
Aku hanya tunggu di sini memandang suasana pejabatnya yang besar ini.
"Miss, you can come in." Kata PA Deniz.
Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Kaki melangkah masuk ke dalam.
"Assalamualaikum, Deniz. Awak sihat?" Soalku cuba menyapanya.
Dia masih tekun pada komputernya. Kemudian, baru dia memandangku.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...