"Bila boleh bukak penutup mata ni?" Soalku tak sabar.
Deniz ketawa perlahan.
"Kejap sikit lagi. Dah nak sampai." Ujarnya.
Malam tahun baru. Malam terakhir kami dapat luangkan masa bersama sebelum kami kena berpisah selama beberapa tahun lagi.
Aku hanya setia menunggu sehinggalah kereta Deniz berhenti di satu tempat.
"We arrived, dear. Boleh buka mata." Arahnya.
Tanpa membuang masa, terus laju aku membuka penutup mata.
Aku terpanar melihat restoran ini. Mungkin tak semewah restoran lima bintang yang lain, tapi restoran ini ada keunikannya tersendiri.
Yıldız Restaurant.
Yıldız membawa maksud bintang. Jadi, ketika kami masuk ke dalam restoran ini, memang banyak kelipan bintang di atas siling.
Membuat suasana jadi sangat romantis.
Deniz mengajakku duduk di atas kerusi yang paling depan dengan satu pentas.
Deniz mula membuat pesanan kepada pelayan itu dalam bahasa ibundanya.
Aku hanya akur. Tak kisah nak telan apa janji bukan khinzir.
"What do you think about this place?" Soalnya ingin tahu pendapatku.
Aku senyum sambil toleh sekeliling.
"Tengok restoran ni buatkan saya rasa macam nak menari saja. Walaupun tema dia retro, tapi tetap nampak unik dengan bintang-bintang dekat sini. I love it." Jelasku.
Deniz jelas senyum senang.
"Sebab tu restoran ni hanya buka pada waktu malam. Tambah-tambah tahun baru, ramai keluarga di sini akan makan malam beramai-ramai dekat sini."
"Usually, malam tahun baru, penduduk dekat sini akan datang di restoran ni untuk menari bersama-sama. Pastu, pihak restoran akan sediakan buah delima secara percuma untuk dibawa pulang oleh pelanggan." Jelas Deniz.
Aku kerutkan dahi.
"Kenapa dengan buah delima?" Soalku.
"Kalau ikut tradisi masyarakat sini, mereka akan smash buah delima di depan pintu rumah, supaya nasib baik dapat masuk masa malam tahun baru. Ni memang kepercayaan penduduk sini." Terangnya lagi.
Aku mengangguk faham. Unik betul tradisi orang sini.
Kemudian, lampu makin dimalapkan. Jelas bintang-bintang berkelipan dekat sini.
Di tengah-tengah ruang restoran ini, ada satu bumbung lutsinar berbentuk sfera yang menghadap langit malam.
Jadi, siapa yang nak tengok bulan dari sini, boleh duduk di meja tengah.
Setelah lama menunggu, makanan kami akhirnya tiba.
Aku tak tahu apa nama makanan yang dia pesan. Aku cuma nampak baklava di sini.
Aku tahu pun sebab dulu abang Zayden selalu masakkan untuk kak Tya setiap malam.
"I guarantee it'll be delicious. Shall we eat?" Ujarnya.
Mataku bersinar-sinar. Tak sabar nak rasa semua ni. Terus, aku mengangguk.
Selepas Deniz membaca doa makan, terus kami makan dengan penuh berselera sekali.
"Apa nama makanan ni? Sedapnya!" Soalku.
"Oh, ni namanya Mantı. Senang cerita, dia macam mini ravioli. Rasa dia memang sedap." Ujarnya.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...