BAB 7

151 17 0
                                    

Kami menghabiskan banyak masa di pesta kebudayaan ini.

Banyak aktiviti yang kami lakukan. Seperti mewarna lukisan batik, bermain teka-teki di dalam satu pertandingan dan melawat pameran-pameran kebudayaan.

Sudah tiba masanya kami untuk pulang.

"Kau tak nak balik lagi ke?" Soalku. Kami dah solat zohor tadi dekat surau sini.

Tu yang aku nak balik. Boleh terus rehat.

"Okey, jom. Tapi sebelum tu, kita pergi booth tu kejap." Arahnya.

Booth polaroid. Ramai pasangan yang ambil gambar di sini. Untuk dapat polaroid secara percuma.

Aku angguk. Kami pun berjalan masuk ke dalam booth itu.

Aku hanya berdiri di tepi. Menunggunya ambil gambar sorang-sorang.

"Hey, come here. We do it together." Ajaknya.

Aku hanya akur. Berdiri di sebelahnya. Kemudian, kamera mula bersedia untuk mengambil gambar.

Aku hanya senyum biasa. Tanpa aku sedar, Deniz membuat jari 'peace' di belakang kepala aku.

Dan kamera mengambil sebanyak lima gambar. Dan akhirnya selesai. Aku dah tak larat senyum. Macam mana la perempuan yang kaki gambar di dunia ni? Tak penat ke sengih macam beruk?

Setelah keluar, kami menunggu di luar sementara menunggu polaroid untuk siap diedit supaya cantik.

"I told you my hobbies. How about you?" Soalnya.

Aku pandang wajahnya. Dia jelas ingin tahu. Aku senyum.

"Aku suka menulis cerita. Tak kisahlah cerita klasik ke, horror ke. I love writing." Jelasku.

Dia mengangguk faham. Mukanya jelas teruja dengan minatku.

"Sekarang awak tengah buat cerita apa-apa ke?" Soalnya lagi.

Aku menggeleng.

"Tak. Tak ada ilham. Mungkin satu hari nanti." Kataku.

"Buatla cerita pasal kita. Mesti menarik." Usiknya sambil senyum nakal.

Aku julingkan mata ke atas. Nak buat apa? Tak menarik langsung.

"Lepasni awak balik sini bila pulak?" Soal Deniz. Banyak pulak dia tanya.

"Mungkin lagi dua bulan." Kataku.

"Kau? Lepasni tak datang Malaysia dah ke?" Soalku pula.

Dia hanya senyum.

"Nanti saya balik lagi. Jumpa awak lagi. Tapi, mungkin lambat lagi." Ujarnya.

Aku hanya mengangguk. Faham. Masing-masing sibuk.

Tetiba, datang seorang wanita dan menyerahkan kami sampul surat yang berisi polaroid.

Kemudian, dia berlalu pergi selepas kami mengucapkan terima kasih.

"Nah la kau simpan. Aku tak nak." Selorohku.

"Awak ambil dua. Saya ambil tiga. Jangan bagi saya semua. Nanti awak menyesal pulak kalau rindu saya nanti." Katanya.

Aku mencebik tapi tetap akur.

Setelah itu, aku berjalan di hadapan. Aku pelik kenapa dia lambat sangat jalan.

Aku pusing ke belakang. Dia sedang menghadapkan telefonnya secara menegak ke arahku.

"Oi, kau ambik gambar aku senyap-senyap ke?" Soalku.

When God's Will ✔️   (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now