"Is there anything else that you're hiding from me, baba?" Soalku.
Badan baba mengeras sesaat. Agak tergamam.
"What's your blood type?" Soal baba.
Aku hairan.
"Does he have anemia?" Terus laju aku soal baba.
Nasib baik baba menggeleng. Terus, aku hembus nafas lega.
"I'm just asking." Ujarnya.
"I'm O." Jawabku. Aku ni penderma universal.
Wajah baba sekali lagi tergamam. Dia telan air liur.
"Is everything okay, baba?" Soalku mula risau.
Baba hanya senyum tawar.
"Everything's fine, daughter."
Aku hanya mengangguk. Nasib baik Deniz cuma amnesia. Risau aku kalau dia ada penyakit lain.
Silap hari bulan, gugur jantung aku kalau dengar berita buruk lagi tentang dia.
Setelah selesai berurusan dengan baba, aku pamit untuk ke studio Deniz lalu terus bergerak pulang.
Aku capai kunci di dalam beg dan buka tombol pintu itu.
Bilik ini juga seperti sudah lama tidak digunakan.
Segalanya-galanya masih seperti dulu. Seperti ketika kali terakhir aku di sini ketika aku masih 18 tahun.
Gambar aku memegang sejambak bunga Camellia itu masih elok lagi.
Aku duduk di atas satu kerusi berhadapan dengan satu kanvas putih.
Entah kenapa aku rasa macam nak melukis. Sekarang ni bakat melukis aku semakin baik.
Lukis gambar jantung je la aku pandai pun. Tu pun sebab belajar perubatan punya pasal.
Jadilah.
Aku mula mencapai set alat melukis di situ. Dan mula melukis struktur jantung.
Dan disekeliling jantung itu, aku tambah beberapa bunga Camellia yang berwarna merah jambu di sekelilingnya.
Sebagai latar belakang, aku letak gambar matahari terbenam.
Selama dua jam setengah juga aku di sini. Dan akhirnya siap jugak.
Semestinya tak boleh lawan hasil karya Deniz. Tapi bolehlah. Lebih baik daripada pokok sebelum ni.
Setelah siap, aku tulis satu nota di bawahnya. Seperti yang Deniz buat setiap kali dia sudah siap melukis.
"A resemblance of my heart that is full of Camellias. Together with her sunshine. Her everything. The camellias keep growing and it finally blooms! Thx my sunshine."
Okey, dah siap. Biar jelah dekat sini. Malas nak gantung.
Setelah selesai, terus aku keluar dan kunci pintu semula.
Dan aku bergerak pulang ke rumah.
***
Harini masih cuti, jadi ada eloknya aku pergi kedai buku. Membeli buku di situ.
Flora Bookshop
Nak masuk kali ketiga aku datang sini.
Aku membuka pintu dan masuk ke dalam.
"Hye, welcome!" Sapa seorang wanita tua di situ.
Aku hanya senyum kepadanya.
Kemudian, bergerak ke rak yang bersusun-susun di situ.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...