Lagi beberapa hari lagi sebelum tahun baru.
Dan kami akan mula berpisah selepas itu.
Makin dekat dengan tarikh keramat itu, makin sebak dadaku.
Harini, Deniz tiada sebab dia kena ikut baba pergi pejabat. Entah hal apa aku tak tahu.
Aku pula dah bosan duduk rumah, terus rasa macam nak jalan keliling taman ini. Walaupun musim sejuk.
Entah kenapa aku rasa diriku diperhatikan. Tapi, bila toleh ke belakang, tak ada siapa pun.
Mungkin hanya perasaan aku saja. Aku cuma buat tak tahu dan teruskan berjalan.
Bila dah penat berjalan, aku terus duduk di bangku.
Fikir tentang idea untuk ceritaku. Setakat ni semua masih dalam perancangan dan teratur.
Aku tulis cerita yang memang sebijik dengan apa yang berlaku padaku. Macam diari dah aku rasa.
Tetiba, aku dengar bunyi tin terjatuh di belakangku.
Aku toleh, masih tiada sesiapa. Buku roma mula meremang. Hati rasa tak sedap.
Terus, aku capai telefon untuk call Deniz.
Dan nasib baik dia angkat.
"Deniz." Panggilku.
"Yes, dear. You need anything?" Soalnya.
Belum sempat aku nak menjawab soalannya. Terus, aku dipagut dari arah belakang.
Telefonku terus terjatuh. Aku meronta-ronta.
"Zayra? Ada apa-apa berlaku ke?"
"Hei, jangan buat saya risau!"
"Zayra!"
Terus, mataku mula kuyu dan akhirnya aku pengsan tanpa sempat menjawab panggilannya.
***
Aku buka mataku. Aku di dalam rumah yang besar dan nampak mewah.
Ada orang kaya cuba culik aku ke? Nak buat apa? Bukannya aku anak baba pun.
Aku baring di atas katil. Nasib masih berpakaian seperti tadi.
Aku pandang sekeliling bilik itu. Serius buntu aku dekat mana sekarang ni.
Aku bangun dan bergerak ke bahagian almari yang sederhana besar di situ.
Ada beberapa bingkai gambar. Siapa pulak lelaki ni? Muka macam orang Itali pun?
Ada nama di bawah bingkai tu. Aku dekatkan muka ke arah bingkai itu untuk membaca.
Rizzo Romano
Siapa pulak Rizzo ni? Dah lah kacak. Ada lagi bingkai gambar yang ada muka dia.
Gambar kak Tya pun ada! Masa tu kak Tya masih tak pakai tudung.
Kawan kak Tya ke? Kalau ya, dah kenapa nak culik aku?
Tetiba, pintu dibuka kasar. Nasib aku masih bertudung.
Ada seorang lelaki berbadan tegap dan berjambang datang ke arahku.
Aku berasa takut. Tetiba rasa cemas. Segala kenangan buruk lalu terus menerpa ke dalam fikiran.
Aku. Diculik. Lagi.
Aku berundur beberapa tapak ke belakang. Lelaki berwajah bengis itu tanpa segan silu terus rentap tanganku supaya mengikutinya keluar.
Aku cuba meronta supaya nak lepaskan diri. Tapi, memang kalah. Dia terlalu berotot dibandingkan dengan aku yang comel ni.
Dia terus menarikku untuk datang ke satu bilik bawah tanah.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...