Sampai juga aku dekat sini.
Tempat di mana Deniz kemalangan 3 tahun lepas.
Tempat di mana aku kehilangan Deniz yang aku rindu.
Aku keluar daripada kereta dan berjalan ke arah itu.
Hujan masih rintik-rintik tapi aku nak redah juga sebab dah nak malam.
Aku mula meliar-liar di sekitar kawasan itu untuk mencari telefon Deniz.
Dan memang tiada. Tah-tah memang masuk dalam tasik. Takkan aku nak terjun kut?
Aku pergi ke arah lain pula untuk mencari di sekitar rumput di situ.
Tetiba, aku dapat raba sesuatu. Tapi, rasanya bukan telefon. Agak jauh dari tempat keretanya kemalangan dulu.
Terus, aku ambil untuk lihat benda apa.
Aku tergamam. Tanganku menggigil. Air mata bergenang.
Kotak baldu berwarna merah. Tertulis 'For my Zayra' di situ.
Aku buka kotak itu. Cincin bertatah berlian masih elok terletak di situ.
Aku tekup mulut dengan tangan. Sekali lagi, air mataku mengalir deras.
Aku terduduk memandang kotak itu.
Deniz nak lamar aku masa hari graduasi aku? Ya Allah, aku tak kuat!
Hujan kembali turun dengan lebat. Tapi, aku dah tak peduli. Mata masih menatap cincin itu.
Kalaulah, Aylin tak bunuh diri dekat situ.
I would be the happiest girl alive if Deniz proposes to me that day.
Aku teresak-esak menangis. Peluk kotak baldu merah itu ke dadaku.
"Deniz..."
"I'm sorry. Everything's too late." Luahku kecewa dengan diri sendiri.
"If this thing doesn't happened, I would have say yes to you. I would say it so proudly. I love you, Deniz."
Setelah lama merenung kotak itu, aku cuba untuk bangun semula dan mencari telefon itu.
Firasatku mengatakan telefon itu ada dekat sekitar sini.
Aku bergerak ke sekitar tasik. Kena turun bawah sikit.
Tetiba, kakiku tersadung batu. Terus terjatuh ke tepi tasik.
Nasib tak masuk dalam tasik. Buatnya ada ikan piranha dekat sini, habis aku.
Aku mengusap belakangku perlahan. Adeh, sakitnya.
Kemudian, aku cuba bangun namun tanganku yang meraba di atas tanah itu terpegang sesuatu.
Aku capai untuk melihat apa benda yang aku pegang.
Telefon! Aku belek-belek telefon itu.
Sah, telefon milik Deniz! Aku sangat kenal telefonnya.
Tapi, telefon ni macam dah rosak. Yalah, dah lama bertelaku di sini.
Nanti, aku kena bawa pergi kedai telefon untuk diperiksa.
Aku menghembus nafas lega. Alhamdulillah, berjaya juga misi remehku ini.
Dapat telefon Deniz. Cincin pun aku dapat. Tak sangka langsung.
Aku terus panjat naik ke atas. Dan bergerak ke arah kereta.
Aku hidupkan kereta dan bergerak pulang ke rumah.
***
Aylin hanya mampu melihat Zayra yang sedang menjerit penuh kesedihan itu dari jauh.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomantikSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...