Keluar sahaja daripada biliknya, Deniz agak terkejut apabila Zayra sudah keluar dan pulang ke rumahnya.
Baru pukul 6 pagi.
Tadi pun, Zayra buat sesuatu di dapur pukul 3 pagi. Sepertinya dia memasak sesuatu.
Deniz tidak tidur jadi dia tahu Zayra sedang lakukan sesuatu di dapur semalam.
Setelah selesai bersiap untuk ke tempat kerjanya, Deniz bergerak ke dapur untuk meminum air putih.
Matanya tertancap pada satu mangkuk berisi kuah dan ada nota kecil di atas meja itu.
Deniz berjalan ke arah meja. Lihat isi mangkuk itu.
"Asam pedas?" Katanya. Terus, bayangan dia menikmati asam pedas terlayar di fikiran.
Macam mana dia boleh tahu itu asam pedas pun, dia sendiri keliru.
Dia ambil nota di sebelah mangkuk itu dan baca.
"Makan tau asam pedas saya buat ni. Tak sangka bahan-bahan semua ada dekat dapur awak. Kerja baik-baik, sunshine."
0162379431 - Your Camellia
Terus, dahinya berkerut. Bibirnya menguntum senyum tanpa sedar.
Dia duduk di meja itu dan mula rasa asam pedas itu.
"Hmm, sedap." Pujinya. Tetiba, air matanya mengalir. Bayangan dirinya menikmati asam pedas terus menerus berlegar di fikirannya.
Kepalanya mula berdenyut sedikit. Nasib baik dia dah makan ubat tadi.
Setelah licin satu mangkuk, Deniz terus mula bergerak ke tempat kerjanya.
Nota kecil tadi, dia ambik dan simpan di poket bajunya.
***
"Eh, kau okey tak ni?" Soal Sarah hairan.
"Ke kau penat harini saja nak dekat 10 pesakit kau kena rawat?" Soalnya lagi.
Aku mengangguk. Mungkin. Ataupun disebabkan mandi hujan semalam, terus badan rasa lesu. Dengan hidung berdarah lagi.
"Tu, kau pergilah balik. Nanti aku bagitahu Dr. Yousuf." Kata Sarah risau.
Patut tak aku balik? Jujur, memang aku sangat penat harini.
"Okeylah, aku balik dulu. Nanti kau bagitahu dia dengan nurse Aisha tau." Pesanku. Sarah mengangguk faham.
Terus, aku capai beg tangan dan bersedia untuk pulang.
Antara sebab aku letih, sebab aku tidur tak cukup.
Ye lah, pukul 3 pagi aku terjaga. Rasa lapar ya amat.
Turun ke dapur Deniz. Ingatkan dia ada makanan, kosong. Nampak sangat makan luar saja dia.
Tengok segala bahan-bahan dekat dapur. Segala bahan nak buat asam pedas semua dia ada.
Dan hanya ada bahan-bahan untuk masak asam pedas saja di dapurnya.
Jujur, aku yakin semua berkaitan dengan ingatannya pada asam pedasku.
Jadinya, aku pun buatlah asam pedas pukul 3 pagi. Buat lebih untuk Deniz makan.
Itu yang letih sangat ni. Eloklah aku balik. Kesihatan kena jaga.
***
"Hey, ermm. Can I meet Dr.Zayra?" Soal Deniz.
"Oh, I'm sorry, Mr. , Dr.Zayra took a leave for today. Half-day." Jawab jururawat yang agak berumur itu.
"Oh, alright. Thank you." Ujar Deniz seraya beredar dari situ.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...