BAB 4

213 18 1
                                    

"Nak beli satu untuk Zayanlah!" Kata kak Tya teruja melihat segala mak nenek baju bayi di sini.

Aku dan Deniz hanya setia menunggu Kak Tya pilih-pilih baju. Lama jugak.

"Kenapa tak ada warna hitam? Bosanlah!" Bebelnya lagi.

Banyak songeh betul dia ni.

"Zayra." Panggil Deniz. Kami berdiri sebelah menyebelah ketika ini.

Aku toleh pandang ke arahnya.

"Kenapa?"

"Kau suka budak-budak?" Soalnya.

Aku berfikir sejenak.

"Sejujurnya, tak sangat. Aku cuma suka Zayan dengan Defne saja kalau budak pun. Asal kau tanya?" Ujarku.

Dia menggaru kepalanya itu. Sambil tersengih.

"Tak adalah. Kalau awak tak suka budak-budak, kesian jodoh awak nanti. Sendu rumah tangga awak dengan dia. Tak ada cahaya mata." Selorohnya.

Aku menjeling tajam ke arahnya. Sibuk saja nak tahu jodoh aku.

"Sapa saja tak nak anak sendiri, gila? Kalau aku kahwin, aku pun nak anak sendiri. Darah daging aku sendiri. Kau ni pun." Getusku.

Dia ingat semua orang yang tak suka budak-budak ni, dia tak nak anak sendiri ke?

"Oh, ya ke? Sorry, I was misunderstood." Katanya.

"Kau suka anak lelaki ke perempuan?" Soalnya lagi.

Dia ni banyak tanya pulak.

"Entahlah. Mana-mana jelah. Asalkan bukan pondan." Ujarku selamba.

Dia mengerutkan dahinya. Seperti keliru.

"Pondan? Apa tu?" Soalnya. Mukanya jelas tak faham maksud pondan tu.

Aku terus senyum senget.

"Pondan tu, contoh macam kau. Haa, jenis yang tak faham bahasa, degil, dan sejenis mangkuk." Selorohku.

"Oh, mesti dia hensem lagi menarik kan? Patut awak tak suka. Nak lah macam tu. Pondan." Katanya.

Aku terus mengekek ketawa. Suka pula tengok dia jadi bodoh.

Tetiba, dia pergi ke arah kak Tya. Aku hanya perhati tindak tanduknya.

Dia bisikkan sesuatu di telinga kak Tya. Terus masam mencuka wajahnya. Pandang aku dengan wajah yang naik angin.

Eh?

Terus, kak Tya hempaskan set baju bayi di atas troli lalu bergerak ke arahku.

Aku telan liur.

"Zayra! What did you say to my upcoming baby?! Hope it's pondan?" Gertak kak Tya. Naik angin.

Terus, meluas mata aku. Aku pandang Deniz di belakangnya. Dia menahan tawa.

Dasar mangkuk tak basuh!

"Kak! Zayra tak cakap pun macam tu. Deniz yang memandai." Kataku membela diri sendiri. Terus lajukan langkah menghala ke arah Deniz.

Deniz melihat wajahku yang tunggu masa nak terkam dia tu, terus larikan diri dari situ.

Argh! Bencinya!

Aku terus berjalan laju mengejarnya. Nak lari aku malas. Jalan sahaja sampai mangkuk tu sendiri yang penat.

Kami mengejar antara satu-sama lain. Dia menjelir lidah. Menambah api kemarahanku.

Sehinggalah kami tiba di tempat tadi semula.

Muka kak Tya jelas geram. Terus, dia tarik telinga Deniz dan telinga aku serentak.

When God's Will ✔️   (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now