"Macam mana nak lukis ni? Pokok pun dah jadi pagar." Getusku geram.
Aku dan Deniz sedang berada di luar halaman rumah kak Tya.
Sedang melukis. Segala peralatan semua Deniz yang sediakan.
Deniz ketawa. Dia menambah kadar laju ketawanya apabila melihat lukisan hodohku.
"Hek eleh. Mentang-mentang kau pandai lukis, boleh pulak gelak." Marahku.
Aku nak tengok Deniz lukis apa, tapi dia tak kasi. Dia kata tunggu sehingga dia siap lukis dulu.
Ni nak dekat dua jam lebih aku menunggunya. Lambat betul karya dia nak siap.
Sudahnya, aku sambung melukis pokok aku yang tak jadi-jadi ni. Aku ni memang tak ada bakat la dalam hal ni.
Deniz pulak, semua benda dia boleh buat. Jeles pulak aku.
Setelah tiga jam lebih menunggu, akhirnya Deniz siap juga lukisannya. Aku dah siap tidur lagi.
"I'm finished!" Jeritnya gembira. Terus, terbuka mataku terkejut. Aku memisat mataku.
"You're a sleeping beauty. Lama jugak awak tidur." Kutuknya.
Aku hanya julingkan mata ke atas.
"Aku nak tengok kau lukis apa. Tak cantik siap kau." Gertakku.
Deniz senyum senget kemudian dia bangun dan menghalakan kanvas lukisannya kepadaku.
Terus meluas mataku. Bangun-bangun tidur dapat kejutan begini.
Dia lukis aku yang tengah tidur di depan kanvas lukisan!
Terus, aku ketawa kuat. Dasar mangkuk! Nasib aku nampak cantik dalam ni.
Lukisan itu menggambarkan aku yang sedang menongkat wajahku dengan tangan sambil tertidur depan kanvas lukisanku.
Gambar yang aku lukis pun dia turut masukkan dalam lukisannya. Sebijik pulak tuh rupa pokok yang hodoh aku lukis.
Berdekah ketawa aku. Ya Allah, terhibur aku.
"You liked it?" Soalnya. Matanya penuh mengharap.
Sambil ketawa aku mengangguk. Gila tak suka! I'm totally sleeping beauty!
Dia senyum gembira.
"Nanti kalau dah kering, awak ambil dan simpan. For our precious memories." Ujarnya.
Aku kerutkan dahi.
"Ala, kau tak nak simpan gambar muka aku ke?" Soalku.
Dia ketawa.
"Dekat studio saya ada banyak. Lebih daripada lima. Paling lama masa kita baru balik cruise baba." Katanya.
Aku terkejut. Muka aku dia dah lukis dari dulu.
"Stalker!" Kataku mencebik. Dia sekali lagi mengekek ketawa.
"When I think about you, I'll think about painting you. Make it my imagination looks real throughout the painting." Jujurnya.
Aku senyum malu. Jangan lah dia lukis aku pakai bikini. Memang aku terajang dia balik ke Turki sekarang jugak.
"Kalau macam tu, kau ambil gambar pokok yang aku lukis ni. Simpan dekat kau. For memories." Mintaku.
Dia senyum lalu mengangguk.
"Of course, I will keep it." Katanya bagai berjanji.
Aku tunduk ke bawah.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...