Aku sudah mula jatuh. Pada masa itu, Deniz juga melompat dan terus memelukku dan memegang kepalaku.
Aku tersentak. Kemudian, dia pusingkan badannya supaya badannya yang menghentak lantai tanah ini.
Dan terus, kami terhempap di atas tanah. Kuat. Walaupun aku yang berada di atas, namun masih lagi rasa sakit hentakan itu.
Terus, aku leraikan pelukan dan melihat kondisinya.
"Deniz! Awak okey?!" Soalku sangat risau.
Dia tersengih seraya mengangguk. Kemudian, dia bangun dan pegang belakang kepalanya.
"Okey. Sakit sikit dekat kepala. Kena hentak kan?" Katanya terus mengurut belakang kepalanya.
"Saya minta maaf!" Ucapku. Sudah mula menangis.
"Sokay, dear. Kondisi awak lagi penting. Dah jom, masuk dalam kereta. Sejuk ni." Arahnya.
Aku hanya akur walaupun banyak lagi benda aku nak tanya. Bagilah masuk kereta dulu.
Kemudian, kami berjalan hingga ke laman hadapan.
Terus, masuk ke dalam kereta miliknya.
Deniz tanpa membuang masa terus menghidupkan kereta.
"Kenapa ada kereta baba? Siapa Vecchio?" Soalku.
"Kak Tya, baba dengan Zayden pergi tangkap laki yang culik awak. Vecchio tu kawan kak Tya. Dia rela nak tolong. Sebab hal ni semua melibatkan dia juga." Jelasnya.
"Maksudnya?" Soalku tak faham.
"Bilik Rizzo yang awak kena culik tadi tu, Rizzo tu anak kepada lelaki yang tangkap awak tadi. Dia saja nak jadikan awak umpan untuk bunuh kak Tya. Sebab dia ingat Rizzo mati sebab kak Tya dan Vecchio."
"Kak Tya bagitahu Vecchio, itu yang dia datang jauh ke sini. I'm not sure who is Vecchio. Mungkin businessman rasanya. Tapi, sekarang mereka suruh saya selamatkan awak dulu. Yang lain tu serahkan kepada kak Tya."
Aku mengangguk. Mungkin berkaitan dengan kisah silam kak Tya dulu. Apa-apapun aku sudah selamat. Cuma aku risaukan Deniz.
Kepala dia mesti sakit sangat.
"Betulni awak okey? Tak nak pergi jumpa doktor ke?" Soalku.
Dia menggeleng.
"I'm fine, dear. Awak nak ke klinik?" Soalnya kepadaku pula.
Aku juga menggeleng.
"Saya cuma kesejukan saja. Sekarang dah okey sikit. Cuma perut lapar." Luahku.
"Nanti sampai rumah, kita makan okey? Anne dah masak." Ujarnya. Aku hanya mengangguk.
Aku cuba melihat Deniz dari tepi. Ingin lihat keadaan kepalanya. Tapi, sebab sekarang gelap jadi aku tak nampak sangat.
Haraplah dia okey saja.
***
"Awak makan dulu. Saya nak naik atas kejap." Katanya lalu terus beredar dari situ.
Aku hanya akur sambil melihatnya pergi naik ke tangga atas. Tangannya menekup kepalanya.
Dia ni betul ke okey? Risaulah aku.
***
Sesampai di bilik, Deniz terus mengunci dan berlalu ke bilik airnya.
Melihat dirinya di pantulan cermin. Kepalanya mula mengalirkan darah.
Deniz mengaduh kesakitan. Dia mula rasa pening.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...