BAB 32

132 15 0
                                    

"Zayra! Cepat nanti terlepas flight!" Jerit kak Tya dari luar pintu studio itu.

Aku masih memandang satu lukisan yang dilukis Deniz tempoh hari.

Tak sangka, dia masih ada masa untuk melukis gambarku yang sedang memegang sejambak bunga Camellia dua hari lepas di dalam restoran.

Aku baca nota kecil di bawahnya.

"Oh my, she's so beautiful! My camellia holding a bouquet of camellias but she's still the most prettiest Camellia I've ever seen."

Bibir menguntum senyum. Aku gantung gambar itu di dinding.

Kemudian, aku sengaja tambah nota kecil di bawah lukisan itu juga.

"My sunshine singing a song to his Camellia. I'm forever contented!"

Setelah itu, aku pusing keliling studio ini buat kali terakhir. Buat masa sekarang lah.

Setelah dah puas tengok semua lukisannya, aku keluar dan kunci pintu semula.

Kunci yang diberi oleh Deniz aku simpan rapi dalam beg tanganku.

"Kejap, kak. Zayra datang ni!" Jeritku.

***

Alhamdulillah, aku sudah selamat tiba di bumi UK.

Terus, aku bergerak ke universiti idamanku yang aku bakal menjadi pelajarnya tak lama lagi.

University of Oxford, England.

Tak sangka aku diberikan peluang untuk sambung belajar di sini.

Setelah sampai, terus aku masuk untuk ke bahagian kemasukan pelajar.

Tetiba, ada satu suara yang aku kenali memanggilku dari belakang.

"Zayra! Kita jumpa lagi!" Jerit Sarah.

Terus, dia memelukku erat. Aku membalas pelukannya.

"Eh, kau daftar dah ke? Untuk foundation?" Soalnya.

Aku menggeleng. Belum lagi.

"Aku dah daftar. Meh aku teman kau. Haraplah kita sama-sama kelas dan bilik." Ujarnya.

"Haraplah macam tu." Balasku. Lagi seronok kalau ada orang yang kita kenal dekat sini satu kelas dengan kita kan?

Selesai mendaftar, aku bersyukur aku satu kelas bersama dengan Sarah cuma kami berlainan bilik.

Jadi, dengan rasmi bermulah langkahku untuk menjadi seorang doktor seperti yang aku impikan dari dulu.

Begitu juga kawan baikku ini. Tak sangka kami berkongsi impian yang sama.

Walaupun dia ingin menjadi cardiologist dan aku pula oncologist. Tapi, masih title doktor kan.

***

"Eh kau ni! Tak habis-habis menaip telefon tu. Cubalah layan aku." Usik Sarah.

Kami berada di dalam kafe. Baru habis kelas tadi.

"Kejap, Deniz hantar mesej. Dia tunjuk suasana dekat Stanford University. Cantik weh." Ujarku seraya menunjukkan gambar yang dihantar Deniz kepadanya.

Dia juga agak terpegun melihat universiti di situ.

"Wah, nampak macam rumah agam saja aku tengok." Ulasnya.

Aku ketawa perlahan.

"Memanglah. Ni universiti swasta yang memang berprestij. Nampak unik kan?" Ujarku.

Dia mengangguk. Kemudian, aku sambung menaip mesej kepada Deniz bahawa aku kena pergi dulu.

"Japgi, kita ada kelas apa pulak? Aku dah lupa." Soal Sarah.

When God's Will ✔️   (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now