3 tahun lepas....
"Nanti saya datang dekat uni awak. Otw, dear."
Deniz menghantar mesej kepada Zayra. Dia merancang untuk ke UK pagi ni.
Untuk sama-sama meraikan hari graduasi Zayra. Kak Tya dan abang Zayden juga datang dengan anak-anak mereka.
Setelah bersiap dan berkemas apa yang patut, Deniz terus keluar dari rumahnya dan masuk ke dalam kereta. Kunci studio lukisannya juga dia bawa setiap masa.
Deniz cuma tinggalkan jam tangan pemberian Zayra di rumah. Dia takut terhilangkan dekat UK. Kan susah pulak nanti. Dahlah berharga.
Sepanjang perjalanan, kepalanya penuh wajah Zayra. Dan kenangan manis mereka bersama sebelum ini.
'Can't wait to meet my dear Camellia.' Ujarnya dalam hati.
Dia membawa kereta dengan laju sebab dia takut terlepas flight.
Tetiba, Aylin sedang melintas dengan laju dan berhenti di tengah jalan raya itu.
Deniz tak sempat untuk membrekkan keretanya terus pusing stereng laju ke tepi.
Alamatnya, keretanya terbabas dengan kuat sehingga menyebabkan keretanya terbalik.
Aylin tergamam terus bergerak ke arah kereta Deniz.
Dia langsung tak menyangka bahawa pemandu kereta ini ialah Deniz.
"Allahuakbar, what have I done?!" Jerit Aylin. Terus, laju dia menelefon ambulans.
"Camellia..." Bisiknya perlahan. Kepalanya berdarah teruk.
Badannya dirempuh oleh bahagian depan kereta. Deniz tak boleh bergerak. Darah banyak keluar.
"Deniz! Hold on! I'm so sorry! God, please help him!"
"Deniz! I'm sorry. Zayra must hates me so much!" Jerit Aylin berkali-kali.
Mendengar nama cinta hatinya, terus dia terbayang muka gadis itu.
Bibirnya menguntum senyum.
'I'm sorry, my love. I can't make it to your graduation day.' Kata hatinya sayu.
Dan akhirnya, dia melelapkan mata.
***
Baba dan anne yang baru bersiap ingin ke UK untuk menghadiri majlis graduasi Zayra terus terpaksa membatalkan niat mereka apabila dapat tahu anak lelaki mereka masuk ke dalam wad kecemasan.
Selama 7 jam lebih, Deniz masih dalam wad pembedahan itu.
Baba sudah maklumkan kepada papa Zayra. Mereka ambil maklum dan mengucapkan takziah. Mereka akan lawat Deniz sesudah selesai urusan mereka di UK.
Cumanya, papa berkeras tak mahu bagitahu Zayra tentang Deniz sebab risau akan mengganggu kesihatan mentalnya. Sekarang Zayra akan sibuk dengan latihan pra-perubatannya.
Jadi, baba hanya terpaksa akur. Mungkin itu yang terbaik. Sekurang-kurangnya sehingga Deniz sedarkan diri.
Setelah berjam-jam menunggu, akhirnya doktor keluar dari pintu wad itu.
"How's my son, Doc?" Soal baba.
Doktor itu hanya senyum tawar. Memegang bahu baba.
"He's fine for now. Still breathing. But..." Kata doktor itu kemudian menundukkan kepalanya.
"He's having amnesia. Whether it's PTA or Retrograde amnesia, we have to wait until he's awake. He got a bad bruise on his head. Means he must experience serious head trauma. Like brain contusion. Looking at the bruise, it seems he have it for a long period of time."
![](https://img.wattpad.com/cover/354592686-288-k252907.jpg)
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...