BAB 1

319 25 0
                                    

Tok.. Tok... Tok...

Ni dah masuk kali keempat pintu bilik  ku diketuk. Sakit telinga aku.

Aku tahu siapa yang ketuk. Mesti si mangkuk dua tingkat tu.

Dengan malas, aku bangun dari katilku dan buka pintu bilik.

Dan ya, memang si mangkuk tu tercegat depan pintu ni.

Aku julingkan mata ke atas. Sabar je lah Zayra.

"Kau ni nak apa sebenarnya?" Soalku geram.

Dia senyum manis.

"Papa awak suruh awak bawa saya jalan-jalan kan? Fulfill it." Katanya.

Aku buat muka selamba. Tangan disilangkan di dadaku.

"Kalau aku tak nak, kau nak buat apa? Nak ugut papa aku pulak?" Soalku.

Dia ketap bibirnya. Geram la tu.

"Saya tunggu dekat kereta. Don't be late!" Ujarnya seraya beredar dari depan bilikku.

Aku jelir lidah. Ingat aku nak dengar ke? Dasar mangkuk.

Terus, aku hempaskan pintu balik. Baring atas katil.

Tetiba, bunyi hon kereta di bawah kedengaran. Non stop pulak tu!

Aku tekupkan telingaku dengan tangan. Woi bising la!

Selepas seminit berhenti, dia sambung tekan hon lagi. Tanpa henti seperti tadi.

Dalam rumah ni, ada aku dan pembantu rumah saja. Orang lain semua pergi kerja.

Ish, mangkuk ni. Sabar aje lah!

Aku bangun dan tukar bajuku. Tudung selendang aku pakai.

Setelah bersiap, terus aku turun ke bawah. Pergi ke arah punca bunyi.

Dan ya, apabila dia tengok aku datang ke arahnya, baru dia tahu nak berhenti.

Dasar! Geram aku.

Aku berdiri depan keretanya. Di bahagian depan penumpang.

Dia membuka sedikit cermin tingkap. Dengan kaca mata hitamnya, dia senyum ke arahku.

"Finally! Datang pun." Getusnya.

Aku julingkan mata. Menyampah.

Terus, aku buka pintu dan masuk. Buatnya dia hon sekali lagi. Memang aku simbah air dekat muka dia.

Selepas aku duduk, belum sempat aku nak pakai tali pinggang keledar, dia sudah memecut keluar dari perkarangan rumah.

Laju pulak tuh!

"Woi mangkuk! Kau ni boleh sabar tak? Tak nampak ke aku tengah pakai seatbelt?" Bentakku.

"Tak nampak. Saya fokus memandu. Tak perasan awak tak pakai seatbelt lagi." Ujarnya.

Aku gelak sinis. Bohong sangat la kalau tak perasan. Kecuali dia ni buta satu mata belah kiri. Aku faham lah.

Tapi, mata dia sihat walafiat je aku tengok. Warna mata pun masih kelabu cerah.

Elok aje!

"Dah tua pun bodoh." Kutukku perlahan.

"What did you say?" Soalnya.

"Tak ade apalah. Ni nak pergi mana ni?"

Dia pandang aku sekilas. Dia jongket bahu.

"Pastu kau bawak kereta tak pandang kiri kanan ni nak buat apa? Dah la kereta kak Tya." Soalku hairan.

When God's Will ✔️   (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now