"Zayra! Sarah!" Jerit Dalilah dan Aina serentak.
Terus, kami berempat berpelukan. Melepas rindu yang sudah lama dipendam.
"Rindunya korang!" Kata Sarah.
"Korang macam mana sekarang?" Soalku.
"Alhamdulillah, aku okey. Jadi cikgu sekolah menengah sekarang. Aina pula, sembang nak jadi arkitek, tahu-tahu jadi CEO publisher syarikat buku." Kata Dalilah sambil menyiku Aina di sebelahnya.
Kami berada di kafe berdekatan dengan apartment aku dan Sarah.
"Kau jadi publisher?!" Jeritku tak sangka.
Aina senyum dan mengangguk.
"Weh, aku nak minta tolong kau. Aku ada siapkan satu karya ni. Dan memang aku tengah cari publisher untuk terbitkan karya aku tu." Ujarku.
"Haa, boleh. Nanti kau email aku manuskrip kau. Nanti aku uruskan bahagian penerbitan." Kata Aina.
Terus, gembira hati aku. Akhirnya, dapat juga aku hasilkan buku.
"Thank you!!!" Ucapku teruja.
"Ewah, dah jadi doktor, kau nak cuba jadi penulis pula? Gempak la member aku." Seloroh Dalilah.
Aku hanya senyum tawar.
"Ni je buku yang aku buat. Lepas ni tak ada dah. Ni pun Deniz yang suruh." Kataku sedih.
"Haa, apa khabar dengan buah hati kau sekarang?" Soal Aina.
Aku dan Sarah saling berpandangan. Aku lupa pulak nak bagitahu dua budak ni.
Kemudian, aku pun luahkanlah cerita sebenar yang terjadi antara aku dan Deniz.
Mereka hanya mendengar dengan tekun. Air mata Aina mengalir sedih. Dalilah pula riaknya juga jelas simpati denganku.
"Kesiannya dekat kau. Ya Allah, aku dah nangis teruk ni. Bayangkan kalau kau dapat tahu dia kemalangan masa dekat UK tu. Mesti kau sedih gila kan? Tah-tah tak jadi nak graduate." Ujar Aina sambil mengelap air matanya.
"Mestilah. Aku kecewa gila bila semua orang berahsia dengan aku. Lepas 3 tahun, baru aku dapat tahu. Tu pun aku terserempak dengan Deniz dan tunang dia." Kataku.
"Tu, bila diorang nak kahwin?" Soal Dalilah.
"Lagi 5 hari. Sehari sebelum diorang kahwin, aku gerak balik Malaysia. Kerja dekat sana. Sarah kau nak ikut jugak ke? Kalau nak, aku nak bagitahu mama aku."
Sarah berfikir sejenak. Kemudian dia mengangguk.
"Aku kerja sini pun sebab nak temankan kau. Dah kau balik Malaysia, takkan aku nak duduk sini lagi. Boleh blah dari Dr.Khai." katanya selamba.
Terus, kami berempat gelak sakan. Dalilah dan Aina juga tahu pasal urusan kami di hospital.
"Tu kau dah fikir masak-masak ke nak kerja dekat Malaysia? Kau okey tinggalkan Deniz?" Soal Aina.
Aku mengalirkan air mata. Sambil membuat muka sedih.
"We're just meant to meet, not to stay. Deniz hilang ingatan. I tried so hard to make him remember again, but nothing happened. I deserve a better goodbye tho." Luahku seraya menangis.
Dalilah terus memelukku. Mengusap bahuku perlahan.
"Stay strong, Zayra. Ingat, semua yang berlaku adalah aturan takdir yang Allah dah tetapkan untuk kita. Mungkin korang tak ada jodoh. Sabar ya, Zayra. Kami sentiasa ada untuk kau. You're not alone, okay?" Pujuk Aina. Juga datang memelukku.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
Storie d'amoreSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...