BAB 20

147 19 0
                                    

Terngiang-ngiang kisah Puan Shida di dalam kepala otak aku.

Bayangkan, dia sehingga sekarang tak ingat yang dia ada suami yang sangat cinta dengannya sehingga sanggup korbankan nyawanya demi puan Shida.

Bayangkan suami dia mati tanpa tahu rupanya Puan Shida hidap kanser pulak.

Sayunya aku dengar kisah ni. Berapa kali air mataku mengalir bila teringat balik.

Ya Allah, Engkau pertemukanlah mereka semula di alam sana ya Allah.

Andailah aku sehebat suami puan Shida. Tapi aku sendiri pun tak pasti aku macam mana.

Nanti habis SPM, aku nak lawat balik puan Shida. Harap dia bertambah sembuh.

Mulai esok, aku sudah mula peperiksaan SPM. Selama tiga minggu.

Dan setiap malam, aku dan kawan-kawanku yang lain semua penat memerah otak ulang kaji apa yang patut.

Sempat juga aku menelefon Deniz untuk doakan aku. Dan ya, dia sentiasa mendoakan yang terbaik untukku.

Semoga kami semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

***

"Yeay! Kita dah merdeka!" Jerit Sarah. Kami berempat dalam perjalanan pulang ke asrama.

Kertas terakhir dah habis jawab. Sekarang sudah masanya untuk pulang ke pangkuan keluarga.

"Kiranya, ni hari last kita la bersama berempat?" Soal Aina sedih.

Sudahnya, kami semua juga terus buat muka nak nangis.

"Aku rindu korang tau! Nanti pergi UK, jaga diri betul-betul tau!" Jerit Dalilah terus menangis.

Aku pun dah tak boleh tahan. Tumpang sama mengalir air mata.

"Zayra! Kalau kau kahwin nanti, jemput aku." Seloroh Aina.

"Hotak kau! Lambat lagi. Dah lah aku nak jadi doktor. Lambat lagi perancangan aku tu." Kataku.

Kami sama-sama berpelukan.

"Sarah nanti kau nak jadi oncologist macam Zayra juga ke?" Soal Dalilah.

Sarah menggeleng.

"Tak, aku nak jadi cardiologist. Heart surgeon." Ujarnya.

Dalilah mengangguk.

"Hebatnya korang! Sorang jadi nak arkitek, yang lagi dua nak jadi doktor pakar. Aku jadi cikgu aja." Luah Dalilah sayu.

Terus, aku cubit perlahan lengannya.

"Apa kau ingat jadi cikgu tu tak hebat ke? Semua yang nak jadi arkitek, doktor, engineer semua ni perlukan guru. Guru tombak utama negara tahu."

"Kami dua selamatkan manusia, Aina bangunkan kemajuan negara, kau pulak mendidik dan membangun anak bangsa. Melahirkan banyak generasi seperti kami nanti. In syaa Allah." Bebelku.

Lagi kuat esakan Dalilah. Terus dia peluk aku lagi kuat.

"Aku sayang kau Zayra! Sayang sangat!" Jeritnya.

Aku hanya menepuk-nepuk bahunya perlahan. Menenangkannya.

"Kita jumpa lagi tau, nanti! Jangan pernah putus sahabat faham!" Kata Dalilah.

Kami bertiga mengangguk dan sama-sama buat simbol 'janji'.

***

Akhirnya, aku akan masuk ke universiti pilihanku! Result peperiksaan SPM kalini keluar lebih awal dari yang dijangkakan.

When God's Will ✔️   (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now