"Kau serius ke ni, Zayra?" Rengek Sarah sambil menangis.
Aku angguk. Sudah sedia baring di atas katil di sebelah Deniz.
Melihatnya terbaring dengan penuh wayar di badannya, buat hatiku sangat sakit.
"Kau janji tak nak tinggal aku. Kau pun tahu kan risiko untuk penderma jantung ni macam mana. Kau kena mati dulu tahu tak? Dahlah tak ada surat kebenaran dari waris kau." Marahnya.
"Aku minta maaf. Tapi aku tetap dengan pendirian aku, Sarah. You know how much I love Deniz. Please, I'm begging you. Kali ni saja, kau langgar peraturan." Rayuku.
Sarah mengelap air matanya dengan baju scrubnya.
"Dah kita tak ada banyak masa. Jantung Deniz semakin melemah. Cepat 'matikan' aku." Arahku.
"Aku... Aku tak boleh! Tak sanggup! Aku jadi doktor bedah jantung sebab nak selamatkan orang, bukan bunuh kawan sendiri." Katanya sebak.
Aku pegang tangannya.
"Mana ada, kau tak bunuh aku pun. Sekurang-kurangnya, kau selamatkan nyawa orang yang aku sangat sayang. Dan aku boleh jumpa abang aku dekat sana." Pujukku.
"Lepasni, aku nak duduk dengan sapa? Kau tinggalkan aku." Ujarnya lagi.
"Dalilah dengan Aina kan ada. Nanti kalau buku aku dah diterbitkan, tolong hadiahkan satu untuk Deniz." Pesanku.
"Alright, Doc. You can start now." Arahku. Doktor itu agak ragu-ragu sebab aku tak ada surat kebenaran.
"Just do it!" Gertakku. Sudahnya dia hanya akur.
Aku mula pakai alat pernafasan itu sendiri. Mereka mula ambil ujian saringan darah untuk memastikan adakah aku calon yang layak untuk menderma.
Sarah setia memandangku. Sambil menangis. Menunggu gilirannya untuk membedah jantungku setelah aku mati nanti.
Aku toleh ke arah Deniz. Perlahan-lahan air mata mengalir.
"Rest well, Deniz. I love you so much." Ucapku perlahan.
Setelah ujian saringan selesai dan aku memang layak untuk menderma. Doktor itu memanggil Sarah untuk mulakan proses pembedahan jantung.
Dia datang ke arahku semula. Cium pipiku perlahan. Ketika ini, aku sudah mula tak boleh sedarkan diri. Nafas mula mendatar.
Aku akan mati sekejap saja lagi. In syaa Allah.
Dan jujur aku tak menyesal. Mati sebagai penderma jantung. Dan jantungku akan jadi milik Deniz.
"Are... you... re.. ready?" Soal Sarah gagap.
Aku suruh dia dekatkan telinganya ke wajahku.
"Tell... Deniz... take care... of.. my... he.. heart.." ujarku lemah.
Sekali lagi, Sarah merengek nangis. Aku hanya mampu tersenyum.
"Aku minta maaf, Zayra untuk segala-galanya. Aku sayang kau tau." Ujarnya.
Aku masih lagi tersenyum. Nadiku sudah makin menurun.
Gelombang jantung juga sudah makin mendatar.
Langsir ditarik di sekelilingku. Namun, aku masih sempat memandang Deniz buat kali terakhir.
"Would you die for me, Zayra?"
Aku ingat lagi Deniz pernah cakap macam tu dulu.
Yes, I would die for you, my love.
You saved my life, why couldn't I save yours?
Senyum manis juga aku berikan kepadanya. Walaupun dia takkan nampak pun.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...