"Wahh, sejuknya!" Kataku teruja sebaik sahaja mendarat di bumi Turki.
Deniz memandangku.
"Cantikkan Turki masa musim sejuk?" Soalnya.
Laju aku mengangguk. Cantik sangat.
"Zayra dengan Deniz pergilah berjalan mana-mana dulu. Akak dengan abang Zayden nak pergi satu tempat kejap. Bawa Zayan dengan Zayreen sekali nanti balik rumah." Pesan kak Tya.
Aku mencebik.
"Eleh, nak pergi dating berdua la tu." Usikku.
Muka kak Tya terus memerah. Tak tahu dia tengah tahan malu ke atau tahan marah.
"Tahu pun. Dah kami pergi dulu." Ujarnya seraya beredar dari situ.
"Jom. Saya bawak Zayreen, awak bawa Zayan." Arah Deniz. Aku hanya akur.
Kami bergerak ke kereta yang disediakan oleh baba tadi. Terus naik ke dalam perut kereta.
"Nak pergi mana ni?" Soalku ingin tahu. Tempat ni dahlah luas.
"Watch sunset. Saya jamin lagi cantik dari yang ada di Malaysia." Ujarnya.
"Matahari yang sama jugak masalahnya." Selorohku.
Dia ketap bibir. Geram dengan kata selambaku.
"Saya maksudkan the view, darling." Katanya sengaja menekankan ayat the view itu.
"Okey." Kataku masih lagi selamba. Zayan yang berada di ribaku merengek teruja.
Aku cium pipinya. Gebunya. Macam nak gigit je.
Deniz terus mulakan perjalanan.
***
"Okey, buka mata." Arah Deniz. Terus, aku buka mata perlahan.
Sungguh, aku terpanar. Memang cantik pemandangan dari sini.
Kami berada di hadapan jeti kosong yang berhadapan dengan laut dan matahari yang makin terbenam itu.
Langit sudah bertukar warna menjadi senja.
"Cantiknya." Ujarku terpukau. Betul cakap Deniz, lagi cantik daripada di Malaysia.
"Jom, kita duduk sini." Ajaknya sambil mendukung Zayreen yang sedang tidur di bahunya.
Aku dan Zayan berjalan dan duduk di atas jeti itu. Zayan aku letak di ribaku.
"I told you, it's prettier here." Ujarnya.
Aku masih mengamati pemandangan yang menjamah mataku ini.
Tanpa aku sedar, Deniz sempat lagi mengambil gambar aku dan Zayan.
"Perfect." Gumamnya perlahan.
"Awak cakap apa?" Soalku. Tak sempat tangkap dia cakap apa tadi.
"Tak ada apa-apa. Zayan, you like it here?" Soalnya mengubah topik.
Zayan memandangnya, kemudian dia bangun dan merangkak ke arah Deniz dan memeluknya.
Zayreen pun terjaga daripada tidur disebabkan abang dia.
"You wake her up, Zayan." Getusku. Zayan memuncungkan mulutnya kemudian menepuk-nepuk badan adiknya supaya tidur semula.
Deniz mengekek ketawa.
"These kiddos mengingatkan saya masa saya jaga Defne dulu. Dia selalu menangis." Katanya. Menggamit memori lama.
Aku turut ketawa.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
Roman d'amourSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...