12.00 AM, 22 Julai,
"Deniz, Deniz. Bangunlah." Ujar Zayra.
Deniz terus membuka matanya perlahan-lahan. Dia lihat sekeliling.
Dia berada di dalam hospital. Dan ada cinta hatinya di depan mata.
Sedang senyum manis kepadanya. Sehingga terlihat lesung pipit miliknya.
"Zayra? Is that you?" Soalnya agak mamai.
Zayra masih senyum kepadanya. Perlahan-lahan dia datang dekat ke arah Deniz.
Tangannya digenggam Zayra. Deniz agak terpanar.
"I love you." Ucap Zayra.
Deniz terus senyum gembira.
"I love you too!" Balas Deniz.
Untuk seketika mereka saling berpandangan.
"Janji dengan saya, Deniz. Awak jaga diri awak baik-baik ya. Jaga hati saya tau." Pesan Zayra.
"Awak nak pergi mana? Kan awak baru datang?" Soal Deniz keliru dengan pesanan Zayra.
"Saya tak boleh lama-lama dekat sini, Deniz. I just miss you. Nanti awak baca buku saya ya. Maaf sebab lambat."
Deniz sudah mengalirkan air mata. Zayra datang dan mengelap air mata di pipinya.
"Don't cry love. You'll forever have my heart. Jaga kesihatan awak tau. If you miss me, remember I'm here." Kata Zayra seraya menunjukkan ke arah bahagian jantung Deniz terletak.
"Saya nak ikut awak."
Zayra menggeleng perlahan. Masih senyum ke arahnya.
"Untuk kalini saja saya minta, jangan ikut saya. We'll meet again someday. Remember, I love you endlessly."
Zayra mula bergerak menjauhinya. Deniz cuba untuk bangun tapi dia tak boleh berganjak langsung.
"Nanti, lepas awak dah bangun, jangan lupa ziarah kubur saya ya? Saya tunggu awak dekat situ. Jumpa lagi!" Ujar Zayra seraya terus menghilang dari situ.
Deniz terus terjaga dari lenanya yang panjang.
Dia berasa pelik. Kenapa Zayra cakap macam tu? Dia pergi mana sebenarnya.
Tapi, hangatannya tangannya masih terasa di pipi dan tangan Deniz. Deniz sekali lagi menitiskan air mata.
***
Deniz terus bertapa di depan kubur Zayra.
Cinta hatinya. Sampai bila-bila.
Nak dekat 3 jam juga dia berada di sini. Memandang kubur Zayra ini.
Zayra dikebumikan di tanah perkuburan di Istanbul sehari selepas pembedahan selesai.
Deniz meletakkan bunga Camellia berwarna merah jambu dan merah di atas kubur milik Zayra.
Kemudian, dia menyiram sedikit air di atasnya.
"Zayra, saya dah dapat ingatan saya balik. Perkara yang paling awak nantikan dulu. Alhamdulillah, saya dah ingat balik."
"Tapi, awak dah tak ada. Kalau awak masih hidup, mesti awak yang paling teruja kan?"
"Saya pun dah batalkan perkahwinan saya dengan Aylin. Saya rasa awak tak tahu pasal ni. Dia pun dah selamat menjadi isteri Zayyed."
"I'll always miss you, Zayra. Terima kasih untuk hadiah ni. Padahal hari ni hari jadi awak. Happy birthday, my Camellia. Semoga awak sentiasa tenang di sana."
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomansaSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...