Sudah 2 minggu aku berada di bumi Turki. Banyak aktiviti yang aku dapat luangkan bersama Deniz.
Lusa adalah hari graduasinya. Tak sabarnya nak tengok dia pakai jubah konvo!
Dan sekarang, Deniz membawa aku ke satu tempat.
Studio miliknya.
Kami berdiri di hadapan pintu studio itu.
"Ready?" Soalnya.
Aku mengangguk. Sangat teruja.
Dia membuka pintu itu dengan kunci. Dan setelah itu dia memberiku ruang untuk masuk dahulu.
Deniz membuka lampu supaya bilik itu diterangi cahaya.
Alangkah terkejutnya aku tengok suasana di dalam bilik ni.
Bersepah disebabkan melukis itu biasa, namun yang buatkan mataku meluas terkejut adalah hiasan di dalam bilik ni.
Dipenuhi dengan bunga Camellia pelbagai warna. Tambah-tambah warna merah.
Kemudian, bersusun-susun gambar aku yang dilukisnya di dinding.
Ada yang masih belum siap dilukis lagi.
"What a psycho! Stalker!" Kataku. Meremang bulu roma.
Dia mengekek ketawa. Lagi menggigil aku.
"Told you, when I think about you, I'll think about painting you. Ni membuktikan yang saya memang fikirkan awak setiap masa." Katanya bangga.
Aku mencebik. Nasib baik gambar yang elok saja dia lukis. Buatnya dia lukis aku pakai bikini ke, tak pakai tudung ke, memang aku lari balik Malaysia.
Aku berjalan keliling studio itu lagi. Mengamati setiap lukisan yang dilukisnya.
Di setiap lukisannya, dia akan selitkan nota di situ.
Dia hanya mengikutiku dari belakang.
"Ni lukisan pertama yang saya lukis tentang awak." Katanya seraya menunjukkan aku satu lukisan.
Aku yang sedang menatap matahari terbenam. Di bawahnya ada nota.
"I don't have any idea why I painted her but she's so mind-blowing!"
Aku ketawa membacanya. Kemudian, sambung ke lukisan seterusnya.
"Dan ni masa kita pergi pesta dulu. Pastu ni pulak saya lukis asam pedas. And this is you wearing baju kebaya." Dia mula menerangkan setiap lukisannya itu.
Tak tahu nak rasa terharu atau takut sekarang ni.
Kemudian, aku berjalan ke arah satu kanvas yang belum siap dilukis lagi.
"Boleh saya tarik kain ni?" Soalku.
Dia senyum lalu mengangguk. Membenarkan.
Perlahan-lahan aku tarik kain putih itu.
Aku terpanar. Aku ingat lukisan ni tak siap lagi. Dah siap.
Dia melukis gambar kami berdua sedang ice skating. Aku memegang tangannya ketika itu.
Kami saling berpandangan dan senyum bahagia. Dengan latar belakang suasana di lapangan ais tu. Berhadapan dengan satu gunung bersalji.
Dan ada nota di situ lagi.
"Perhaps I had the best winter moments ever! With my camellia."
"Deniz.." aku kelu. Aku usap gambar itu. Dah kering.
Deniz datang ke arahku. Aku pandang wajahnya.
"I'm so impressed." Luahku jujur.
Dia senyum senang. Kemudian, dia ambil kanvas itu dan menggantungnya di dinding.
![](https://img.wattpad.com/cover/354592686-288-k252907.jpg)
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...