BAB 38

116 16 0
                                    

Masa kini....

Aku sedang memandang pemandangan di luar balkoni bilikku.

Memandang langit malam. Penuh dengan kereta yang lalu-lalang di bawah sana.

Teringat balik apa yang Zayyed cerita tentang keadaan Deniz.

"Everything's my fault." Ucapnya sayu. Menangis lagi.

Kalaulah kepala aku yang kena hentak, Deniz takkan amnesia sekarang.

Tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum perkahwinan Deniz.

Bertambah lagi rasa bersalah nak rosakkan masjid orang. Tapi, aku kena bantu Zayyed pulihkan ingatan Deniz.

Disebabkan aku kenal Deniz agak lama, banyak benda yang aku tahu tentangnya.

Harap sedikit sebanyak boleh bantu dia ingat balik.

Tetiba, pintu bilik diketuk. Aku berlalu ke depan pintu untuk buka.

"Zayra! Aku baru balik. Serius penat dah ni." Luah Sarah terus berjalan dan menghempap badannya di atas katilku.

Aku ketawa kecil.

"Kau buat apa sampai lambat sangat balik?" Soalku ingin tahu tentang keadaannya.

Terus, dia angkat kepala memandang aku.

"Kau tahu, Dr. Khai suruh aku bedah jantung pesakit sendiri! Ni kali pertama tau dia buat macam ni dekat aku. Nasib aku dah mahir. Kalau tak, arwah dah pesakit tadi." Ujarnya.

Aku berdekah ketawa. Riak wajah Sarah jelas geram dengan doktor yang melatihnya itu.

"Tak pasal-pasal aku balik lambat harini. Nasib dah makan tadi. Kalau tak, aku suruh kau masak." Bebelnya.

"Eh, Zayra. Kau kata kau jumpa Deniz siang tadi. Ceritalah." Mintanya.

Aku senyum tawar dulu sebelum memulakan cerita.

"Aku terserempak dengan Deniz masa nak lawat Zayyed dekat bilik dia. Pastu, aku ajak Deniz ikut aku sebab aku nak tanya dia pasal keadaan dia. Tapi, dia marah aku. Kata aku ni stalker."

Sarah terus kerutkan dahinya.

"Asal pulak?"

"Sebab dia ingat aku ni Aylin. Dan dia ingat Aylin tu aku. Jadi, dia tak suka kalau aku dekat-dekat dengan dia. Tak sempat nak tanya habis, dia terus blah macam tu je."

"Wahh! Makin parah ni. Kalau aku ketuk kepala dia lagi sekali, agak-agak ingat tak?" Soalnya.

Aku terus mencerunkan mataku dan jentik perlahan dahinya.

Melampau pulak kawan aku ni.

"Banyaklah kau. Apa kau ingat kalau dia terhentak sekali lagi, dia boleh ingat? Kalau macam tu semua orang amnesia boleh sembuh kalau kena hentak-hentak dua tiga kali." Marahku.

Sarah hanya tersengih.

"Pastu, Zayyed ada cakap apa-apa tak?"

Sekali lagi aku senyum tawar dan menceritakan apa yang Zayyed bagitahu tadi.

Sarah hanya mengangguk faham.

"Kesian pulak dekat Deniz tu. Amnesia dia tu dikira kategori apa? Aku tak berapa tahu sangat pasal otak ni, jantung aku tahulah." Ujar Sarah.

"Macam Deniz, doktor sahkan dia menghidap Retrograde Amnesia. Ni adalah penyakit di mana dia tak boleh ingat segala peristiwa yang berlaku sebelum dia kemalangan. Sebab waktu dia kemalangan, masa tulah kemuncak brain trauma dia."

"Tapi, dia boleh ingat kejadian selepas brain trauma tu. Dan keadaan jadi lebih teruk sebab sebelum ni, tulang di bahagian otak dia luka besar. Kotak memori dia dah mula unstable. Dulu mungkin dia ada brain contusion masa dia selamatkan aku dulu." Ceritaku seraya menundukkan kepala. Rasa bersalah.

When God's Will ✔️   (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now