Akhirnya, tamat juga sesi pembelajaranku sebagai pelajar tingkatan 4.
Sudah tiba masanya untuk pulang!
Aku dah lama tak nampak batang hidung Deniz. Sejak-sejak dia datang sekolah aku haritu.
Rantai yang dia bagi dekat aku, aku pakai di leher. Rantai berbentuk bulatan. Dan disekeliling nya tertulis 'BVLGARI ROMA' dan ditengah-tengah bulatan itu dipenuhi dengan berlian yang sangat cantik.
Aku harap sangat dia dapat datang ke sini lagi. Jujur, aku agak rindu dengannya. Walaupun aku takkan sesekali memberitahunya.
Aku sudah siap berkemas untuk pulang. Tunggu Pak Daud di depan asrama perempuan.
"Lambatnya, Pak Daud. Selalu on time." Kataku hairan.
Tetiba, aku dengar bunyi seperti ramai yang membisik di sekelilingku.
Aku toleh pandang ke arah mereka. Semua mata tumpu pada arah yang sama.
Sudahnya, mata aku juga terus pandang arah mata mereka itu.
Eh, tu kereta Pak Daud! Tapi dah kenapa mereka pandang kereta tu macam tak biasa pulak.
Setelah itu baru aku perasan ada seseorang yang sedang berdiri dan melambai tangan kepadaku.
Melambai tangan?!
Aku gosok mata sekali lagi. Itu bukan Pak Daud.
Itu Deniz!
Dia dah balik ke sini lagi! Dan yang lebih tepatnya, dia siap datang sekolah aku lagi.
"Zayra! Stay there!" Jeritnya lantang. Kemudian, dia melangkah kaki datang ke arahku.
Badanku terus mengeras. Jantung laju berdegup.
Setelah dia berdiri di depanku, dia hadiahkan senyuman manisnya yang aku sangat rindukan itu.
"Hai!" Sapanya teruja melihatku.
Aku juga membalas senyumannya. Kalini aku senyum ikhlas. Sehingga menampakkan lesung pipitku.
"Wow, I don't know that you have dimples! Gorgeous." Pujinya ikhlas.
Terus, pipiku mula membahang. Baik aku ubah topik sebelum pipiku terus hangus sebab ayatnya yang boleh bagi aku diabetes saja.
"Ermm. Ni angkat beg ni letak dalam kereta. Sapa suruh kau ganti Pak Daud." Arahku masih blushing.
"Alright, darling." Ujarnya sambil senyum nakal.
Adeh! Lama tak dengar dia panggil aku macam tu.
Dia terus mengangkat beg-beg aku di atas lantai untuk dibawa ke kereta.
Aku hanya mengikutinya dari belakang.
Kawan-kawan aku yang lain sudah balik. Jadi, memang aku kesepian sejak tadi.
Setelah dia meletakkan beg-beg milikku di dalam kereta. Dia datang dan buka pintu penumpang depan untuk aku masuk.
"Thanks." Ucapku seraya masuk ke dalam kereta.
***
"Kita pergi makan dulu okey? Awak nak makan dekat mana? Mcd? Texas?" Soalnya.
Aku berfikir sejenak. Dah tengah hari. Eloklah makan makanan berat sikit.
"Aku nak makan dekat warung. Kau terus saja, lepas tu nampak warung dia." Ujarku.
"Okey, boleh." Katanya.
Setelah kami sampai di warung Mak Melah, kami terus turun dan bergerak masuk ke dalam warung.
"Eh, hai Zayra! Abang kamu ke?" Soal Mak Melah menyapaku.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
Roman d'amourSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...