BAB 37

123 17 0
                                    

6 bulan kemudian,

Aylin mendapat panggilan daripada hospital bahawa Deniz sudah sedar.

Sejak dihalau oleh baba Deniz, dia sudah tak berani nak jejakkan kaki untuk melawat Deniz.

Tapi, harini dia kena juga datang sebab nak minta maaf. Setiap malam dia tak boleh tidur kerana rasa bersalah.

Setelah sampai di depan pintu bilik Deniz, dia mengetuk pintu perlahan.

Kemudian, dia buka pintu. Terkejut apabila melihatkan ramai ahli keluarga Deniz yang datang.

Semua mata mencerun tajam ke arahnya. Dia tahu mesti mereka sangat marah dengan sikap bodohnya.

Dia sendiri pun tak boleh maafkan diri sendiri.

Perlahan-lahan, dia menuju ke arah mereka semua di sekeliling Deniz.

"What's your blood type?" Soal wanita bertudung di situ. Nampaknya lebih tua sedikit darinya.

Aylin agak tersentak. Kenapa tetiba tanya?

"B." Jawabnya. Terus, kecewa wajah wanita itu.

"Why?" Soalnya.

Wanita itu tidak menjawab langsung persoalannya.

Kemudian, dia pandang Deniz yang juga memandangnya.

"Deniz, I'm so sorry. Everything is my fa....." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Denis terus membuka mulut.

"Marry me, Aylin." Arah Deniz.

Terus, semua mata meluas, terkejut dengan pernyataan Deniz itu.

"Hey, kardeş! You don't love her. You love someone else. Zayra. She's in UK waiting for you!" Getus wanita itu berang dengan adiknya.

Deniz hanya buat pekak. Masih memandang Aylin.

"If you're still quiet, my dear. It means yes." Ujarnya.

Aylin masih lagi diam. Jujur dia buntu.

Anne sudah sedia nak tampar pipi Aylin, tapi baba terus menghalangnya.

"So, hey, you said you're my baba, right? Arrange our engagement next month, and after two months, I'll marry her." Kata Deniz selamba.

"No! I won't allow it, son. You just woke up. And you don't love her like your sister said." Marah baba.

Deniz masih dengan riak wajah kosongnya.

"Alright, then by next year, everything will settle. Now, leave! All of you!" Kata Deniz tegas.

Mereka semua jelas terkedu dengan sikap baru Deniz. Dia tak pernah jadi kasar macam ni dengan keluarganya.

"Abi, you don't love this woman! You love Zayra. If you marry her, I'll hate you, abi." Ujar seorang gadis remaja yang jelas kecewa dengan abangnya.

Deniz menjeling tajam ke arah gadis itu.

"Go to hell, you kiddo! I don't care. I don't even know you." Balasnya kasar.

Terus tergamam wajah gadis itu. Tak sangka abangnya jadi kasar begini.

Terus, seorang lelaki yang berada di sebelah kakak Deniz itu membawa gadis itu keluar untuk menenangkannya.

Semua beredar dari situ termasuk Aylin.

Dia sendiri pun tak sangka semua akan jadi sebegini.

***

Sejak Deniz bangun dari komanya, dia tak pernah jejakkan kakinya langsung ke rumah babanya.

Kerana setiap kali dia datang, mesti kepalanya akan rasa sangat sakit dan dia mula sesak nafas.

Jadinya, dia hanya tinggal di rumah barunya yang juga di Turki.

Deniz juga sering ke hospital kerana ada temujanji dengan doktor Zayyed. Doktor Zayyed cakap dia dan Deniz pernah berkawan dulu.

Tapi, segala usaha doktor Zayyed semuanya tak berhasil. Ingatan Deniz masih belum pulih.

Jantungnya semakin melemah. Tapi, hal ini hanya baba, anne, Tya dan doktor yang merawatnya dulu saja yang tahu.

Untuk kebaikan semua orang dan Deniz juga.

Baba juga sentiasa mencari di merata-rata tempat tentang penderma jantung yang layak untuk anaknya.

Namun, semuanya hampa. Tiada langsung yang sesuai.

Disebabkan Deniz masih berkeras ingin mengahwini Aylin, mereka terpaksa akur. Kerana jangka hayat Deniz tidak lama, jadi mereka tak mahu dia berasa tertekan langsung.

Mungkin ini yang terbaik. Zayra juga tidak tahu apa-apa pasal keadaan Deniz. Semuanya Tya yang uruskan dengan menipu Zayra sebaik mungkin supaya dia tidak syak apa-apa tentang Deniz.

Sehinggalah dia habis latihannya, baru mereka akan buat keputusan untuk memberitahu perkara sebenar.

Tapi, tak sangka Zayra dapat tahu sendiri.

Keluarga Deniz kesemuanya tidak sukakan Aylin. Walaupun dia akan menjadi ahli keluarga mereka tak lama lagi, namun baba dan anne langsung tak mengalu-alukannya untuk datang ke rumah mereka.

Sebab bagi mereka, Zayra ialah bakal menantu mereka dan bukannya Aylin.

Deniz juga sepertinya tidak kisah Aylin diperlakukan sebegitu. Padahal dia yang ajak kahwin.

Sejujurnya, Deniz pun tak tahu kenapa dia ajak Aylin untuk berkahwin.

Sepertinya, dia pernah memberitahu seseorang bahawa dia akan mengahwini perempuan itu.

Tapi semua orang di sekelilingnya tak habis-habis menyebut nama Zayra. Dia sama sekali tidak kenal siapa perempuan misteri itu.

Dan juga tidak kisah.

Sepanjang tempoh tiga tahun itu juga, dia sudah menjadi pengarah syarikat di salah satu cawangan syarikat babanya.

Jadi, dia menjadi semakin sibuk. Dia bahkan tidak pernah keluar berdua pun dengan Aylin kecuali pada hari Aylin ingin ke hospital akibat alahan.

Hari dimana dia berjumpa dengan wanita misteri bernama Zayra itu.

Kalau bukan dia tak paksa Aylin makan kacang yang dibelinya, dia takkan jumpa dengan doktor itu.

Dan untuk pertama kali melihat wajah doktor itu, dia seperti teringat sesuatu namun tak dapat teka apa.

Namun, terus terlintas di fikirannya bahawa doktor itu ialah orang yang pernah menyukainya dulu ketika di universiti.

Dan kerana itulah, dia tak sukakan si Zayra itu. Tapi, tetap hatinya tertarik untuk mengenali doktor itu tanpa dia tahu kenapa.

Itulah sebabnya dia mengekori doktor itu sehingga ke jeti lama. Memerhatikan doktor itu menangis bersendirian.

***

Sebelum ini pada setiap malam, Deniz akan mendapat mimpi pelik. Pelik yang indah. Dia akan bermimpi dia sedang meluangkan masa yang bahagia bersama seseorang.

Tapi, dia tak boleh nak teka siapa. Wajahnya samar-samar. Di dalam mimpi itu, wajahnya jelas terlihat sangat bahagia.

Dan setiap kali Deniz bangun pada tengah malam. Dia akan menitiskan air mata secara tiba-tiba. Dan terus kepalanya sakit dan nafasnya sesak.

Dan kini, dia cuba mengelakkan dirinya daripada tidur malam dengan sibukkan dirinya membuat kerja.

Itu cara yang terbaik untuk elakkan dirinya dari sakit kepala yang melampau.

Dan badannya setiap hari makin cepat rasa letih. Itu yang membuatnya cepat rasa nak marah.

Cepat letih dan cepat jatuh sakit. Kalau kerja lebih masa, esok tu terus sakit teruk macam demam panas.

Deniz fikir ini mungkin kesan sampingan daripada hari kemalangannya dulu.

Dia sendiri pun tak dapat ingat apa yang berlaku pada hari itu. Dia tahu pasal ni pun sebab baba yang bagitahu.

Tu pun, dia rasa sakit kepala bila nak teringatkan semula.

Sehingga dia fikir, lebih baik kalau selamanya hilang ingatan daripada tanggung rasa sakit kepala yang teramat ni.

When God's Will ✔️   (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now