BAB 10

171 15 0
                                    

Sepanjang cuti di rumah abangku, Deniz banyak membantu aku mengulang kaji pelajaran.

Ya, dia memang pandai. Tambah-tambah matematik tambahan. Dia ajar aku macam aku ni boleh faham sangat.

Tapi, sedikit sebanyak dia membantu aku ingat dan kuasai balik segala teknik menjawab yang aku tinggalkan selama sebulan dulu. Tahun depankan aku ada SPM.

Nak jadi doktor, aku kena dapat keputusan yang cemerlang.

Dan sekarang ni, aku dipaksa oleh abang Zayden untuk belajar seni mempertahankan diri pula di gim rumahnya.

Kak Tya dan Deniz juga ada. Haih, daripada tadi aku kena bebel macam anak lembu dengan abangku.

"Listen, adik. Kalau ada orang cuba nak serang adik dari belakang, adik kena guna kaki adik untuk sepak dia. Sebab masatu tangan adik dah kurang berkesan sebab dia akan kunci pergelangan tangan adik. Macam ni." Terang abang Zayden. Siap tunjuk demo pulak.

Adeh, sakit leher aku!

"Okey, abang. Zayra dah faham. Lepaslah." Getusku.

Abang Zayden juga akhirnya melepaskan pegangannya pada leherku.

"Okey, sini kak Tya pula ajar." Ujarnya.

Terus, pucat mukaku. Kakak ipar aku bukan ajar sangat nanti, dia demo saja lebih.

Terus aku gelengkan kepala. Tapi, tiada sesiapa yang memgendahkan. Deniz terus menahan tawanya.

Mama, tolong adik!

***

Bahananya, muka dan badan aku dah penuh lebam.

Dia tak ajar sangat, dia tunjuk demo saja! Kan aku dah cakap!

Sakit usah dikata. Memang singa betul kakak aku ni.

Deniz semasa aku belajar dengan kak Tya tadi, tak habis-habis mengekek ketawa.

Alamatnya, abang aku suruh Deniz belajar sekali dengan kakaknya.

Last-last, dua-dua kena sebat hidup-hidup.

Dia juga penuh lebam. Aku kembalikan paku buah keras kepadanya. Ketawa kembali kepadanya.

"Okey, jom makan. Akak dah siap masak." Panggil kak Tya dari dapur.

Aku dan Deniz sama-sama bangun dari sofa.

Tetiba, dia baling bantai sofa ke arahku. Kuat pulak tu.

"Aduh! Ish! Siap kau mangkuk!" Gertakku.

Aku mengambil bantai dan membalas kepadanya benda yang sama.

Dia mengelak. Aku baling lagi. Dia juga ambil bantai yang aku baling tadi untuk baling lagi ke arahku.

Kami sama-sama buat bola baling di tengah ruang tamu.

Sehinggalah, telinga aku ditarik oleh abang Zayden dan telinga Deniz ditarik Kak Tya.

Aku dan Deniz mengaduh kesakitan.

"Orang panggil makan. Bukan semakkan rumah. Kemas balik kalau tak nak tidur luar." Marah kak Tya.

Kami laju mengangguk. Terus, kami kemaskan balik apa yang patut. Adeh.

Setelah itu, kami berjalan ke meja makan dan duduk bertentangan antara satu sama lain.

"Sedapkan akak masak?" Soal kak Tya.

Aku mengangguk.

"Sedap! Haa akak, nanti Zayra nak buat asam pedas boleh tak dekat dapur?" Soalku.

When God's Will ✔️   (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now