Aku melihat penampilanku di hadapan cermin.
Okey, nampak cantik dengan memakai evening dress labuh berwarna coklat dan tudung berwarna krim muda.
Setelah berpuas hati, aku capai beg tangan dan terus melangkah keluar dari bilik.
Aku turun ke bawah. Semua orang dah tunggu dekat bawah.
"Where's Deniz?" Soalku hairan.
"Here." Bisiknya di belakangku. Terus, terhinjut sedikit tubuhku. Nasib tak melatah.
Aku urut dadaku perlahan. Menghilangkan rasa terkejut.
Kemudian, aku pandang penampilannya.
Mataku terpanar. Dia sangat kacak dengan mamakai sut yang setona dengan bajuku.
Aku kelipkan mataku berkali-kali. Tak percaya dengan apa yang menjamah mata.
Melihatkan gelagatku, Deniz ketawa perlahan.
Aku berdehem. Kemudian, terus melangkah ke arah ruang tamu.
"Wah, baba, look at them!" Kata kak Tya.
Baba dan anne tersenyum manis.
"You guys look good together. Perfect." Puji baba.
Anne terus bangun dan memeluk kami berdua.
"Oh my. You look so gorgeous, dear. And you my handsome son." Ujar anne terus mencium pipi Deniz penuh kasih.
Aku hanya memerhatikan mereka berdua. Mama jarang nak cium pipiku sebab dia jarang ada dekat rumah sangat.
Rasa sebak pula tengok adegan ni. Sudahnya, aku cuba melangkah untuk ke sofa.
Tapi, tangan anne terus menghalangku. Aku tersentak.
Kemudian, dia cium pipiku pula. Aku terkedu.
"My beautiful future daughter in law." Ucap anne.
Terus, pipi memerah. Malu sebab dia cakap macam tu, dan sebab dia cium pipi aku.
Aku rasa sangat terharu. Lama tak rasa momen ni.
Terus, aku mengalirkan air mata. Anne agak terkejut kemudian dia senyum sambil mengelap air mataku.
Peluk aku dan usap belakangku untuk menenangkan aku.
Deniz hanya senyum memandang kami. Aku tahu dia faham apa yang aku rasa.
"Now, let's go to Deniz's uni. We don't wanna be late." Arah baba. Kami hanya akur dan berjalan ke arah kereta masing-masing.
Aku dan Deniz naik kereta bersama kak Tya dan abang Zayden. Anak-anak mereka bersama baba dan anne.
Kemudian, abang Zayden datang ke arahku.
Dia terus peluk dan cium kepalaku.
"Mesti adik rindu kasih sayang mama kan?" Soalnya.
Aku hanya diam. Tunduk ke bawah.
"Abang ada. Kalau perlukan apa-apa, abang ada untuk adik." Katanya.
"Okey, abang." Balasku.
Aku bersyukur aku masih punya abang yang sangat baik meskipun dia jarang ada dekat rumah juga.
Tapi, setiap kali dia balik rumah masa dia belum berkahwin, dia mesti akan ajak aku luangkan masa dengannya.
Sama juga dengan abang Zayyed.
Setelah meleraikan pelukan, kami sama-sama masuk ke dalam kereta.
***
Istanbul University
![](https://img.wattpad.com/cover/354592686-288-k252907.jpg)
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...