"Aku balik lambat sikit tau. Kau tak payah tunggu aku."
"Okey, bos."
Nasib Sarah tak tanya lebih-lebih. Harini aku balik awal sikit. Sebab nak pergi ke satu tempat.
Yıldız Restaurant.
Lama tak pergi situ. Mesti dah banyak perubahan dah.
Setelah aku sampai, aku agak terkejut. Restoran ini masih sama. Macam 10 tahun yang lepas. Cuma tak ada salji sahaja.
Aku mula melangkah untuk masuk. Restoran masih terkenal seperti dulu. Ramai yang datang.
Aku mula bergerak ke meja makan yang pernah aku dan Deniz duduk dulu.
Ya Allah, rindunya momen ni dulu.
"Miss, what you want for dinner?" Soal pelayan itu.
Aku pandang wajahnya. Dia agak terkejut memandangku.
"Camellia's girl?" Soalnya dengan nada sedikit terkejut.
"Do we know each other before?" Soalku keliru.
Dia terus senyum gembira.
"Of course, I knew you! Because of you and your partner, our restaurant get 5 stars ratings! Where's your partner?" Soalnya.
Aku tumpang gembira untuknya. Tapi, bila dia tanya macam tu, aku hanya mampu tersenyum.
"He's busy now." Luahku. Pelayan itu hanya mengangguk faham. Tak nak tanya lebih-lebih.
"I want manti. Just that." Mintaku. Pelayan itu mengangguk lalu terus beredar dari sini.
Aku terbayang Deniz yang sedang menyanyi di atas pentas. Sambil memetik gitar memandangku.
Perlahan-lahan air mata mengalir. Aku tundukkan kepala ke bawah. Sayu sangat rasa.
Tak sangka 10 tahun lepas, kami sangat bahagia, dan sekarang aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan untuknya dari jauh.
Setelah beberapa minit menunggu, pelayan tadi datang semula dengan membawa makanan yang dipesanku.
"Here's your manti. And look at this. Your partner and you were gone viral before. In AdamPhoto IG." kata pelayan itu seraya menunjukkan satu gambar di telefonnya.
Aku tergamam melihat gambar ini. Aku baca caption yang tertulis di situ.
"Love is in the air. Our favourite lovebirds were flying together in each other's eyes."
Bertambah air mataku. Pelayan itu tersentak lalu menyuakan sapu tangan untukku.
Aku dah tak mampu tahan dah. Baru rasa nak menyesal datang sini.
"Omg, I'm so sorry. I shouldn't do this to you." Ujarnya rasa bersalah.
Aku senyum paksa.
"No, it's okay. Thank you for showing me this. I really appreciate it." Jawabku.
Kemudian, aku menyuruhnya untuk pergi. Dia hanya akur.
Aku buka telefonku dan cari nama AdamPhoto di IG.
Gambar itu 9 tahun lepas. Mendapat likes sebanyak 800K.
Wah, tak pernah terfikir pun nak cari gambar ni dulu.
Aku simpan gambar tu di dalam galeri telefonku. Deniz sangat segak dalam gambar ni.
Senyumannya sangat ikhlas ketika itu. Matanya sangat tulus memandangku.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...