22 Julai . Hari lahir aku sebagai manusia yang berumur 17 tahun.
Deniz juga dah wish selamat hari jadi untukku. Dia dah bagitahu awal, dia tak boleh datang.
Walaupun jujur aku rasa sedih, tapi apa boleh buat.
Dan harini pulak, aku cuti. Daripada duduk rumah sorang-sorang, ada baiknya aku pergi mana-mana.
Kawan-kawan aku pun ada datang untuk sambut parti hari jadiku walaupun secara kecil-kecilan saja.
Sekarang dah pukul 2 petang, rasa bosan duduk rumah, aku buat keputusan untuk pergi ke taman burung.
Entah kenapa rasa macam nak tengok burung-burung yang berlainan spesies itu.
Seperti biasa Pak Daud yang hantarkan aku ke satu taman burung yang besar dekat sini.
Setelah sampai, terus aku bayar tiket untuk masuk. Makanan burung pun aku dapat secara percuma.
Aku pun merondalah sorang-sorang. Tengok burung kakak tua, burung merak dan burung camar di situ.
Sehinggalah mata aku berhenti pada satu spesies burung.
Parrotlets.
Satu-satunya spesies burung kakak tua yang paling kecil. Boleh hidup paling lama 20 tahun.
Mataku tertarik pada parrotlets berwarna biru. Nampak cantik sangat. Di sini kita boleh membeli burung.
Tengah fikir, nak beli atau tak. Kemudian, datang seekor burung parrotlet ke arahku. Dia terus duduk di bahuku.
Aku terkedu. Aku toleh muka untuk melihatnya.
Comelnya!
Dia berkicau bahasa yang aku tak faham. Kemudian, kawan dia yang juga berwarna biru datang. Duduk di atas bahuku yang satu lagi.
Wah, ingat aku tunggul ke? Nasiblah comel.
Kemudian, mereka berkicauan makin kuat. Boleh pekak telinga aku.
Mereka memandang ke belakang. Sudahnya, dengan aku pun pusing ke belakang.
Terus terbuntang mataku. Mulutku ternganga.
Aku terpanar. Di depanku ada hamba Allah yang sangat aku rindu.
Deniz!
Macam mana dia boleh ada dekat sini?
Melihatkan reaksi terkejutku, bibirnya terus menguntum senyum.
Dia mara ke arahku. Burung-burung di sebelahku makin sakan berkicauan.
Salah satunya tetiba terbang dan duduk di lengan kekar Deniz.
Aku masih pandang wajahnya. Serius aku rindu dia.
"Long time no see, darling." Katanya dengan suara garaunya yang aku sangat rindu nak dengar.
Mataku masih berkelip-kelip. Betulke dia dekat depan mata aku sekarang ni?
"Deniz?" Soalku?
Dia ketawa perlahan seraya mengangguk. Mengiyakan.
Aku tekup mulut. Rasa macam nak nangis.
Dan ya, aku nangis. Aku pun tak sangka aku boleh menangis sebelah burung sekarang ni.
"Hey, don't cry. I'm here. Awak tak happy ke?" Soalnya.
"Mestilah happy. Bukan awak sibuk ke?"
"It's your birthday, dear. I should come and meet you." Balasnya.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...