"Zayra!" Jerit kak Tya dari depan bilikku.
Aku terus bangun dari pembaringan. Ala orang baru nak baca novel baru ni.
Aku capai tudung dan terus menghala ke depan pintu.
"Ada apa kak?" Soalku.
"Deniz panggil dekat bawah." Ujarnya. Aku mengangguk.
Aku turun ke bawah. Deniz di laman belakang rumah. Dia tengah buat apa tu?
Aku berjalan menghala ke arahnya.
"Kau buat apa tu?" Soalku hairan. Aku mencangkung di sebelahnya.
Dia melihatku seraya senyum.
"Camellia." Katanya ringkas.
Mendengar nama itu, baru aku faham apa yang dia buat.
"Nak buat jugak." Ujarku teruja. Dia mengangguk dan menyuakan aku segala perkakas untuk menanam dan satu pasu berwarna biru.
Aku terus memulakan proses menanamku dengan mendengar arahannya.
"Kenapa kau suka bunga ni?" Soalku sekali lagi.
Dia memandangku. Menghentikan sebentar perbuatannya.
"I love everything about camellia. The origins. What it's symbolizes for. And how it looks. Tak ada kaitan dengan manusia mana-mana pun." Jelasnya.
Fuh! Baru nak lempang muka dia kalau dia suka bunga sebab wanita lain. Pastu suruh aku tanam bunga tu pulak. Mana tak hangin.
"Wanna know about this flower?" Soalnya. Aku angguk. Teringin nak tahu.
"Well, generally Camellia is a rare types of flowers. Selalu orang cakap bunga mawar paling cantik. Paling popular. Especially white and red roses."
"But Camellia's flowers are also one of the most prettiest types of flowers too. For me it's top 1. Tengok bunga ni nanti bila dia dah mekar. Sangat cantik. Lagi cantik dari bunga mawar. Dan bunga Camellia tak ada duri."
"Walaupun bunga ni tak ada duri, tapi bunga Camellia is one of the most rarest flower in the world. Susah untuk cari bunga ni especially Middlemist's flower. Camellia genus. Sangat sukar untuk dicari. Perlukan orang yang betul-betul pakar untuk selidik pasal spesies ni."
Aku masih tekun mendengar. Menariknya dengar cerita pasal bunga ni.
"Apa simbolik bunga ni?" Soalku ingin tahu.
Dia memegang pasunya yang sudah sedia berisi bunga Camellia berwarna merah jambu.
"Like my flower, it's a pink colour. Pink camellia symbolizes a longing for someone. Waiting for someone you really miss. Waiting for their love. Waiting you to be mine." Jelasnya.
Mukaku mula memerah. Tapi, aku cuba selindungkan sebaik mungkin.
"Kalau aku ni? Merah?" Soalku.
"Yours symbolize love, passion and deep desire. Sesuai dengan awak. Saya pilih warna tu untuk awak. Kalau awak nak tahu lebih-lebih, awak cari tahu sendiri." Katanya.
Terus, aku mencebik. Yang tu dia nak berahsia pulak. Cis.
"One of the reason I choose the red colour for you is because of your name, darling. Zayra. Awak tahu apa maksud nama awak?" Soalnya.
Aku dengan laju menggeleng. Tak pernah nak ambik tahu pun.
Dia ketawa perlahan. Lucu tengok gelagatku.
"Zayra means blooming flower. Or radiance. Sangat sesuai dengan bunga ni. Once it blooms, you'll see how gorgeous it'll be." Jelasnya memandang anak mataku.
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomantikSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...