"Dia lupa kau?! Dasar jantan mata kelabu!" Kata Sarah berang.
Aku sudah pulang ke rumah setelah selesai berurusan dengan Dr. Yousuf. Terus, dia tanya apa yang jadi tadi.
Aku hanya senyum tawar.
"Hujung minggu ni aku rancang nak datang rumah baba Deniz. Kau okey kan duduk rumah sorang?" Soalku.
Sarah hanya mengangguk.
"Aku tak kisah pun. Tapi, sumpahlah mamat tu curang. Dulu bukan main romantik lagi. Nanti kau siasat dengan Kak Tya ke, baba dia ke?"
"Kau punyala tunggu dia sampai bertahun-tahun, dia boleh pulak macam tu." Bebel Sarah.
Kemudian, dia pandang aku semacam.
"Kejap, Zayra, kau tak rasa pelik ke, kenapa dia tetiba lupa dekat kau?" Soalnya hairan.
Haa aa, aku baru terfikir. Kenapa cara dia cakap tu macam kami ni tak pernah kenal pun dulu.
"Kau nak cakap dia amnesia ke?" Tekaku.
Sarah mengangguk.
"Itulah nanti kau kena siasat. Nak tuduh lebih-lebih pun, kita tak tahu pangkal cerita." Ujarnya.
"Nanti aku siasat. Aku nak balik bilik dulu. Mandi, solat, tidur." Selorohku terus bangun dan berlalu ke bilik.
***
Aku buka mesej-mesej kami sebelum ni. Kali terakhir tiga tahun lepas.
"Nanti saya datang dekat uni awak. Otw, dear."
Itu mesej terakhirnya. Sekali lagi, aku menghamburkan air mata.
Rindunya nak dengar dia panggil aku macam tu lagi.
"Who the hell are you?"
"I don't know you, weirdo."
"She's my fiancee."
Kenapa dia cakap macam tu? Ya Allah, aku sedih. Sangat sedih.
Kemudian, aku buka kotak yang menyimpan segala kenangan aku dan Deniz.
Kami pergi ke pesta di KL, perpustakaan, menanam pokok Camellia. Melukis sama-sama.
Gambar terakhir adalah di restoran malam tahun baru.
Aku usap wajahnya di dalam gambar itu. Kemudian, mengelap air mataku.
Ketika itulah, burung-burung yang aku bela hadiah daripada Deniz dulu mula berkicauan.
Mesti, diorang tahu aku tengah sedih. Bunga Camellia pemberian Deniz juga sudah mekar elok di ruang pejabatku di hospital.
Aku terus menelefon kak Tya. Setelah beberapa saat, dia angkat.
"Assalamualaikum, Zayra. Ada apa? Macam mana kerja?" Soalnya.
"Waalaikumussalam. Okey je akak. Ni Zayra nak tanya."
"Ye, ada apa?"
"Deniz dah tunang dengan perempuan lain ke kak?" Soalku. Sebut perkataan perempuan lain, terus jantung bagai dirobek dalam.
Kak Tya terdiam. Lama.
Nampaknya, dia pun dah tahu pasal Deniz.
"Maaf, Zayra. Akak dah cuba halang. Deniz... dia.. hilang ingatan." Ujar kak Tya.
Walaupun aku dah dapat agak, tapi masih lagi terkejut.
"Dia terlibat dengan kemalangan 3 tahun lepas, kemudian doktor sahkan dia hilang ingatan. Detailnya akak tak tahu sangat, itu aje kak tahu. Kalau Zayra nak tahu lagi, nanti tanya baba dan anne."
YOU ARE READING
When God's Will ✔️ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceSpin-off cerita Angel, His Special Protector ✔️ 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan jika Allah berkehendak, pasti ada jodoh kita.' Nur Zayra Zamrez. Seorang gadis yang mengalami trauma yang teruk selepas tragedi berdarah yang menimpanya. Keh...