chapter 1 : A Most Beautiful Misfortune

1.1K 26 5
                                    

Chiang Mai, Thailand

 Merupakan bahagian utara thailand ini adalah bandar yang dikenali dan terkenal dengan persekitaran pergunungan yang sangat cantik dan memilik tarikan pelancongan dengan pelbagai taman dan taman tema yang cantik dan merupakan bandar dengan sungai ping sungai utama bagi sungai Chao Phraya.

Dan seperti yang kita tahu Thailand merupakan negara bebas memilik pelbagai cerita dan salah satunya adalah kehidupan menjadi seorang mafia sudah biasa dan yang memiliki kuasa sudah menjadi salah satu kehidupan yang wajar bagi kehidupan rakyat thailand 

Mafia yang terkenal dengan kuasa besar yang mempengaruhi sistem politik dan budaya di thailand ialah keluarga besar Chankimha yang amat disegani oleh semua orang dan tak boleh dikacau oleh mana jawatan awan termasuk polis mahupun pendakwa raya.

Sebagai Mafia orang akan berfikir yang dia adalah orang yang tiada hati dan perasaan namun hakikat dia adalah manusia biasa yang kita biasa kenali namun didalam kerjanya kita akan boleh mengatakan hal itu ada didalam dirinya.

Armstrong family merupakan keluarga kedua yang berpengaruh berbangsa British-Thailand pertama di Thailand dan sangat berkawan baik dengan keluarga Chankimha yang telah membantunya mendapatkan tempat di wakil politik besar di Thailand.

Kepintaran dan kecekapan kedua keluarga besar dan kawan baik ini tidak lagi dapat diragukan kerana mereka memiliki kuasa yang hebat serta persahabatan yang tiada siapa mampu boleh merosakkan mahupun mengalahkan namun realiti kehidupan sentiasa ada sahaja yang akan dengki dan membenci hal tersebut.

Kelemahan terbesar bagi dua kawan baik ini adalah anak-anak mereka seperti hidup manusia yang lain mereka juga memiliki keluarga yang menjadi sumber kebahagian mereka dan kerana itulah hal itu selalu menjadi taruhan mereka didalam kerja dan persahabatan bersama rakan bisnis mereka.

Freen Sarocha Chankimha merupakan anak tunggal satu-satunya keluarga Chankimha yang disayangi dan merupakan anak perempuan yang telah ditegaskan didalam selama hidupnya menjadi orang yang tegas akan pendiriannya dan memiliki kelulusan didalam pelajarannya tertinggi dalam bidang public relations and corporate communication di Rangsit University. 

Becky Rebecca Patricia Armstrong merupakan satu-satunya dan anak tunggal daripada keluarga Armstrong yang sudah diajar akan pendidikkan yang tinggi dengan belajar di sekolah dan university terkenal di luar negara mengambil bidang Law Criminology dan psychology.

Namun kepulangan mereka yang akan diraikan keluarga bertukar sebuah tragedi yang malang dengan penculikan mereka yang terancang oleh pihak yang berdendam pada kedua keluarga ini yang berkawan baik.

February 11, 2022..

"pap!!"

bunyi tamparan di atas meja tempat duduk Tuan Chankimha bersama isterinya,Tuan Armstrong dan isterinya duduk didalam wajah yang resah dan risau.

"macam mana lagi kami nak bersabar ni encik detective" kata Tuan Chankimha bangun cekik pingang melihat pada detective yang masih berbincang tentang kes tersebut bersama pasukannya.

"sila bertenang Tuan, kita tak boleh bertindak tanpa adanya bukti atau panggilan yang betul terhadap penculikan anak tuan berdua, jika Tuan-tuan dan Puan-puan dan pihak kami salah bertindak ia boleh membahayakan banyak pihak saya tahu perasaan Tuan dan Puan sekarang tapi kita perlu mengikuti prosedur yang betul saya minta maaf" jelas detective Prao pada Tuan Chankimha untuk bertenang.

Didalam keadaan tegang itu tiba-tiba satu panggilan misteri berbunyi ditelefon milik Tuan Chankimha membuat semua saling berpadangan panik.

"bertenang Tuan, kami sudah sambungkan didalam talian kami jadi bercakap macam biasa jangan panik" jelas detective Prao.

Tuan Chankimha duduk cuba tenangkan dirinya baru dia mengangkat panggilan tersebut pabila signal yang diberikan pada detective Prao.

"ya"

Jawab Tuan Chankimha dengan menukar mood loud speaker untuk didengari semua orang.  

"sediakan 10 juta baht dan letakkan didalam tong sampah di dalam Art In Paradise esok pagi jam10  jangan libatkan pihak polis jika tiada sedia menerima jasad anak kamu" kata penculik itu dengan suara yang sudah di tapis terus menamatkan panggilan tersebut.

Setelah panggilan itu masing-masing menunjukkan wajah resah tiada jawapan yang pasti namun kerana tiada pilihan yang lain Tuan Chankimha dan Tuan Armstrong setuju untuk mengikut sahaja akan kemahuan penculik tersebut.

Esoknya..

Kelihatan Tuan Armstrong dan Tuan Chankimha telah muncul di Art In Paradise seperti yang telah dijanjikan dengan membawa Duit tebusan bersama dan meletakkan ditempat yang telah dijanjikan dan pergi daripada situ.

Tiba-tiba didalam tumpuan pihak polis pada lokasi tempat duit tebusan itu terganggu dengan satu kejadian orang yang bergaduh disitu membuat wang tebusan hilang dan di bawa penculik tanpa polis dapat mengesannya.

Disebabkan hal itu membuat kemarahan yang besar terhadap Tuan Chankimha dan Tuan Armstrong namun detective Prao dan pasukannya cuba tenangkan situsi itu walaupun sedikit berlaku pergaduhan kecil antara mereka. 

Tiba-tiba panggilan daripada telefon Tuan Chankimha sekali lagi berbunyi dan detective Prao mula bersedia dan memberi signal pada Tuan Chankimha untuk menjawabnya.

"kamu memang tak nak anak kamu kembali ke? jangan fikir saya tak tahu kamu libatkan polis didalam hal ini" kata penculik itu nada marah terus menutup panggilannya.

Hal itu semakin menjadi panik bagi seluruh keluarga dan chat yang masuk di telefon Tuan Chankimha daripada nombor yang tidak dikenali membuat seluruh jabatan polis mulakan pencarian dikawasan sungai utama namun satu temuan mayat ataupun jasad tidak menemui apa-apa penemuan.

Rakaman CCTV di kawasan Art In Paradise telah menemui wajah penculik telah membuat dua penculik yang terlibat ini saling panik dan bergaduh dan telah membuat seorang telah lari bersama wang tebusan.

Dan seorang penculik yang membawa Freen dan Becky yang berumur 5 tahun dan 7 tahun itu dengan mata di tutup sejak awal penculikan mereka telah dibawa oleh penculik tersebut dikawasan kuil buddha sebelum ditangkap pabila cuba membunuh diri di kawasan pergunungan.

Tiada bukti dan kesaksian yang tepat walaupun Penculik telah ditangkap sehingga dengan ugutan daripada Tuan Chankimha telah membuat penculik bersuara dengan mengatakan penculikan anak mereka adalah dirancang oleh orang terdekat dan kerana hal itu kecurigaan antara Chankimha dan Armstrong terjadi.

walaupun sukar untuk dipercayai namun itulah hakikatnya mereka yang bergaduh kerana merasa dikhinati membuat persahabatan yang kuat ini musnah kerana kes penculikan terancang ini dan telah memisahkan kehidupan mereka dengan terpaksa menerima kematian anak kesayangan mereka.

Sebulan berlalu..

Pencarian dihentikan pihak polis dan kedua keluarga yang mula menerima akan kehilangan besar itu.

Namun takdir bercerita sebaliknya..

Pemilik dan penjaga kuil buddha dikejutkan dengan penemuan dua anak kecil yang diletakkan didepan pintu utama mereka didalam keadaan terikat dan mata ditutup buat panik kepada seluruh kuil yang mendapat berita tersebut.

-to be continue-






Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now