Chapter 38 : Reason To Waiting

161 14 4
                                    

Menunggu memang sesuatu yang sukar untuk dilakukan namun jika menunggu mampu membuat kita dapatkan apa yang kita mahukan kenapa tidak jika ianya sesuatu penatian yang tidak sia-sia.

Melihat pandang Freen pada Tarm membuat Tuan Armstrong dan Tuan Chankimha membawa Tarm menemui tetamu yang lain diiringi bersama isteri mereka dan wajah Freen yang seakan marah itu berdiri disebelahnya buat Becca melihatnya dengan risau dan akan buat Freen salah faham tentangnya.

"tak tahu pula syarikat kau ada seorang CEO yang kacak"

"kejab, saya pun tak tahu kami ada CEO baru dan aku pun baru tahu dan tak tahu kalau dia juga seseorang yang dari keluarga kita kenal"

Melihat perbicaraan Freen dan Becca itu membuat Tarm mendekati mereka dengan mengambil minuman untuk diberikan pada Becca namun dengan cepat Freen mengambil minuman itu dari tangan Becca di Tarm hairan..

"maaf untuk pengetahuan kau Becca tak minum wain"

"nampaknya kau lebih banyak mengenali Becca selain daripada keluarga kamu berdua rapat..apa hubungan kamu berdua?"

Freen dan Becca saling berpandangan dan pandangan tajam Freen kembali melihat pada Tarm..

"kenapa kau nak tahu pula?"

"perlukah saya berikan alasan sedangkan kau dah boleh tahu seorang perempuan cantik seperti Becca siapa yang tidak tertarik"

"apa?"

Pandangan tajam antara Freen dan Tarm membuat Becca cuba hentikan mereka dengan menarik tangan Freen untuk pergi untuk hentikan perdebatan antara mereka namun..

"dia luahkan perasaan dia pada kau Bec..kau taknak jawab kah?"

"Freen..hentikannya"

"nampaknya hubungan kamu berdua sangat rapat sehingga kau kisahkan semua tentang Becca..sekarang baru saya faham, itulah sebabnya kenapa Tuan Tharn meminta bantuan kau untuk memujuk dia setuju melukiskan lukisan untuk anak dia betul kan Becca?"

"maaf..tapi hal itu tiada kena mengena didalam hal ini sekarang Tuan Tarm"

Freen tersengih sambil tertunduk sebelum melihat kembali pada Becca semula..

"jadi sebab itulah tujuan kau datang sebenarnya Bec? membawa dia sekali, kenapa tak cakap saja terus terang dari awal"

"Freen.."

"tengoklah..kau sentiasa menjadi orang yang akan merosakkan semua perkara terutamanya hubungan kita"

Setelah mengatakan itu membuat Freen terus melangkah pergi meninggalkan Becca dan Tarm disitu buat Becca tak dapat mengatakan apa-apa hanya mampu melihat Freen yang pergi meninggalkannya.

***

Esoknya..

Becca menarik nafas banyak kali sambil menghantak-hantak kakinya ke tanah yang dia pijak pabila sudah berada didepan halaman rumah Freen untuk lawatan kes dia dan Nom namun tidak berani menekan lonceng rumah Freen sejak apa yang berlaku semalam di majlis keluarga mereka.

Becca yang cuba menyakinkan dirinya setelah habis menghubungi Irin untuk berikan dia alasan untuk datang berjumpa dengan Freen dan belum sempat Becca menekan lonceng rumah Freen..Freen membuka pintu rumahnya dengan sedang bercakap ditelefonnya bersama P'nam dan wajah mereka yang sama-sama terkejut melihat satu sama lain disitu.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now