Chapter 43 : End Of Our Journey

217 12 4
                                    

Kita takkan mengenal erti sebuah cinta jika kita tidak berjuang untuk mendapatkannya dan bagaimana tentang dua hati disatukan oleh takdir tanpa sengaja dan telah menjadikan cinta mereka sebuah takdir cinta yang tulus.

"selamat datang..Cik Becca ini lawatan kau yang pertama kali kesini bukan?"

"wah tak percaya betul..saya fikir kau hanya main-main saja mengatakan kau doctor peribadi Freen selain ini apa lagi kau boleh jadi Doctor Bella?"

"jadi teman wanita Freen boleh?"

"apa? hey..Freen hanya aku yang punya"

Riaksi Becca itu membuat Belle tertawa kecil dan terus mengusap kepala Becca sambil melihat pada Freen juga tersenyum dengan perangai cemburu Becca pada Bella.

"baru saya faham kenapa kau sangat sukakan dia dan cintakan dia Freen"

"yakah..dia sangat comel bukan"

Freen pun tersenyum menjawab soalan Bella itu dan mula masuk ke bilik pejabatnya dengan Freen memeriksa tekanan darahnya bersama Becca yang menunggu diluar.

"jadi..apa yang kau nak aku jelaskan Becca tentang keadaan kau ni?"

Sambil Bella melepaskan alat tekanan darah pada tangan kiri Freen dengan melihat padanya dengan wajah serius.

"beritahu semuanya buat apa nak rahsia-rahsia penyakit saya cuma gangguan tidur bukan penyakit parah pun"

"baiklah..panggillah dia masuk"

Freen pun bangun daripada kerusinya dan keluar memanggil Becca untuk masuk setelah pemeriksaannya selesai..Becca pun masuk dan duduk dibangku pesakit yang berhadapan dengan doctor Bella dan Freen duduk di tempat menunggu didalam bilik doctor untuk menunggu sehingga Becca selesai memeriksa tekanan darahnya.

Setelah Becca habis memeriksa tekanan darahnya..Bella membawa Becca pergi ke taman sambil melihat pemandangan yang cantik di belakang hospital dan melihat beberapa pesakit dibawa oleh jururawat untuk mengambil angin disitu.

Bella pun mendekati Becca yang duduk di bangku bawah pokok yang besar yang meneduhkan pada bangku tempat dia duduk dengan berikan secawan Coffee panas buat Becca dan Becca  mengambilnya dengan senyuman barulah Bella mengambil langkahnya duduk ditepi Becca.

"jadi..beritahulah aku tentang keadaan Freen sebenarnya?"

"seperti mana yang kau tahu..penyakit Insomnia adalah ganguan tidur yang parah sekiranya mereka tidak dirawat dan memerlukan masa yang panjang untuk mengubah mereka dengan berehat daripada aktiviti yang selalu mereka lakukan setiap hari dan boleh dikatakan punca utama Freen mendapatkan Insomnia adalah kerana perubahan boleh dikatakan perubahan yang didalam dirinya setelah putus dengan kau..kerana perubahan itu membuat Freen menjadi stress dan alami mimpi buruk yang dia sering alami yang membuat dia tak mampu tidur tanpa mengunakan ubatnya."

"jadi..bolehkah insomnia dia disembuhkan?"

"dengan memakan ubatnya..tapi disebabkan Freen tidak sukakan ubat jadi saya cadangkan dengan cairkan ubat itu dan masukkan ke dalam teh chamomile yang dibuat khas daripada hospital kami dan tanpa meminumnya setelah kerja seharian Freen takkan mampu rehat mahupun tidur seperti orang biasa"

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now