Chapter 40 : Say You Love Me..

203 15 2
                                    

'saya mencintaimu' ayat yang sering dikatakan kepada semua pasangan didalam bercinta dan ayat yang sering mereka mahu dengarkan untuk dikatakan setiap masa untuk merasa dicintai dan mencintai seseorang.

'Setelah 10 tahun berlalu ini kali pertama kami berdua sedekat ini dan entah kenapa itu juga adalah kali pertama jantung aku mula berdegup kencang semula pabila melihat dia dan berada dekat dengannya..orang yang aku sangat rindukan selama ini'

Ciuman mereka yang masih menyatu itu membuat mereka tidak sedar akan P'nam,Heng dan Vin yang datang ke rumah Freen itu untuk makan malam bersama terkejut melihat mereka yang sedang berciuman itu sehingga barang bawaan P'nam terlepas daripada pegangannya membuat mereka pun tersedar dengan padangan terkejut satu sama lain.

Heng pun pelahan-lahan menutup pintu bilik studio Freen dan membawa P'nam terus ke dapur menyediakan bahan-bahan untuk mereka dan Vin tersegih sambil berlalu pergi.

Freen dan Becca mula meleraikan ciuaman mereka dan saling menjauhkan diri masing-masing dan mengelak tidak melihat wajah masing-masing buat Freen terus bangun dan menuju ke meja kerjanya dengan berpura-pura sibuk dengan kerjanya seakan tiada apa-apa yang berlaku dan Becca menuju ke pintu sambil berkali-kali menampar dahinya kerana merasa malu dengan apa yang baru dia buat.

Becca pun beranikan dirinya untuk keluar dari bilik studio Freen setelah tenangkan hatinya itu dengan cuba cepat-cepat mengelakkan diri memandang pada P'nam,Heng dan Vin yang didapur sibuk menyiapkan Bbq untuk mereka makan malam bersama hari ini..terus dengan cepat mencapai beg yang berada di sofa itu terus ingin pergi.

"mana kau nak pergi peguam Becca?"

Becca pelahan-lahan memutar badannya melihat pada P'nam,Heng dan Vin dengan senyuman tengah memasak di dapur itu melihat pada Becca dengan berikan senyuman mengusik padanya.

"saya ada hal yang perlu diuruskan sekarang jadi saya kena pergi sekarang"

Jelas Becca pada mereka dan melangkah ingin pergi tiba-tiba Freen keluar daripada bilik studionya dan mereka kembali berpandangan sekali lagi.

"biar aku hantar kau..saya pun kena keluar jumpa seseorang"

"kemana? dengan siapa?"

Dengan cepat P'nam bertanya padanya mendekati mereka yang masih memegang penyepit ditangannya..

"saya akan jelaskan nanti.."

"makan malam?"

"saya akan makan diluar  jadi kamu makanlah dulu"

Freen sempat melihat pada Becca sebelum dia keluar sambil memakai cardigannya dan Becca pun mengikutinya dari belakang tanpa bercakap apa-apa tentang apa yang berlaku terutamanya tentang ciuman mereka tadi. 

Sepanjang perjalanan mereka hanya diam tanpa kata dan Becca sempat melirik pada Freen yang memandu dengan perhatikan pada wajah Freen yang kelihatan serius itu membuat Becca tertanya-tanya tentangnya apa yang difikirkan.

"ada sesuatu berlakukah? kenapa wajah kau begitu?"

Tanya Becca nada pelahan-lahan pada Freen yang hanya berikan tumpuan pada memandunya dari tadi dan pertanyaan Becca barulah Freen melihat padanya.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now