Kita semua mengharapkan sebuah pengakhiran bahagia pada setiap cerita tentang diri kita dan cerita cinta kita..begitu juga bagi kami berdua juga menginginkan pengakhiran yang bahagia kerana kami juga memiliki kisah dan cinta yang kami percaya akan memiliki kisah akhir yang bahagia.
*flashback pada hari pameran lukisan Freen..
Becca mendekati Tuan Chankimha yang berdiri melihat salah satu lukisan milik Freen disitu dan berdiri disampingnya..
"Tuan dapat lihat..,bagaimana cinta kami malam ini membuktikan tiada apa yang mustahil dan Tuan dapat lihat bagaimana impian dan cinta kami..kami mampu dapatkan kedua-duanya dengan bersama-sama cuma sekarang kami hanya perlukan satu untuk menjadi ianya lengkap"
"maksud kamu?"
"kami perlukan restu Tuan sebagai ayah Freen.."
***
Freen datang kerumah keluarganya dengan melawat dan memberitahu pada ibunya tentang rancangannya untuk membawa Becca pergi bercuti dan mendengar itu membuat ibunya sangat gembira tentangnya.
"bercuti..kemana?"
"disebuah pulau terpencil dekat bangkok saja ibu dan saya sudah janji dengan Becca sebelum ni untuk bawa dia pergi ke pantai yang cantik dan sudah mendapat persetujuan daripada ibunya dan ayahnya."
"baguslah ibu bahagia untuk kamu"
"mana ayah? ayah macam mana?"
Pertanyaan Freen itu pada ibunya tentang ayahnya itu membuat wajah ibunya kembali muram dan duduk mendekatinya anaknya yang duduk di kerusi dekat kolam renang di laman belakang rumah mereka dengan keluhan.
"ayah kamu masih seperti biasa sering habiskan masanya di bilik bacaan sahaja dan kami tak pernah lagi pernah bercakap berdua sejak dari hari itu lagi"
"ibu patut berlembut dan tanya keadaan dia jangan terlampau ikutkan hati mak yang marah tu okay"
"baiklah. jadi kamu dah nak balik ke ni? taknak bermalam disini?"
"saya nak tapi saya risau kalau Becca akan ke seorangan dirumah akan bosan.saya nak bawa dia sekali tadi tapi ayah mungkin takkan suka"
Puan Nun pun mendekatkan kerusinya pada anaknya yang duduk berhadapan dengannya dan memegang tangan Freen erat..
"tak apa..ibu yakin satu hari nanti ayah kamu akan pasti menerimanya kamu berdua juga nanti"
"baiklah ibu..baiklah saya balik dulu"
***
Freen kembali kerumah dengan disambut oleh Becca yang melihatnya berikan wajah biasanya namun Becca terus memeluknya dengan erat dan Freen mengeratkan pelukan mereka.
Freen yang membantu Becca mengeringkan rambutnya setelah mandi itu seperti mereka lakukan seperti dulu memberikan senyuman dan gembira menghabiskan masa bersama-sama serta melihat Becca bermanja dengan Freen membuat Freen sangat gembira dengan adanya Becca sekarang ada disisinya dan malam itu mereka bersama-sama menghilangkan kerinduan antara mereka.
Esoknya Freen dan Becky pun mula bergerak pergi ke tempat yang Freen telah cadangkan untuk mereka pergi bersama ke pulau Naka yang cantik dengan diberikan sebuah pemandangan pantai yang cantik dan tempat penginapan mereka yang mewah dan selesa untuk mereka.
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romancemengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...