Manusia tidak akan meletak mana yang salah dan mana yang betul untuk melakukan sesuatu perbuataan kerana jika sudah merasa gembira dalam melakukan sesuatu kita takkan terfikir apa yang salah dan betul sehingga perbuataan kita telah dibalas barulah kesedaran itu datang dan untuk rasa menyesal sudah terlambat.
"tapi kenapa kau boleh berada disini Freen? bukankah selain daripada pelajar tidak dibenarkan masuk?"
"hmm..aku meminta kebenaran daripada Pengetua University ini sendiri untuk menjaga kau didalam university sebab aku tak mahu kemalangan yang menimpa kau akan berulang semula dan lagipun kita masih tak tahu siapa orangnya kan"
Kata Freen sambil melirik kepada Pyta didepannya yang mendengar itu juga seakan terhenti dan mendengar penjelasan daripada Freen.
"ohh ya..lepas ni kamu berdua nak kemana?"
"kenapa?"
"mari makan tengahhari bersama saya nak bawa kamu berdua pergi makan di sebuah restoran yang baru buka di area University"
Tanya Pyta dengan senyuman pada Freen buat Freen dan Becca saling berpandangan satu sama lain dan kerana memikirkan tentang pelawaan yang baik daripada kawannya Pyta akhirnya Becca hanya setuju dengannya lagipun Freen pun akan ikut sekali.
Di restoran..
Freen mula menyediakan semua peralatan seperti sudu,pinggan dan chopstick untuk mereka dan Pyta kembali ke tempat duduk dengan mereka setelah siap mengorder makanan tersenyum pada Freen dan Becca untuk menunggu makanan mereka.
Makanan pun datang satu persatu dengan dibawa oleh pelayan dan Freen membantu menyusun di meja mereka supaya senang untuk mereka nikmati makanan dengan teratur dan pabila semua makanan telah ada mereka bertiga serentak berterima kasih pada pelayan yang menghantar.
Pyta begitu merasa tersentak sedikit melihat bagaimana Freen melayani Becca seperti seorang putri didepan matanya buat Pyta cuba bersabar dan berikan somtam pada Becca untuk merasanya namun Freen terus mengambil pingan yang berisi somtam tersebut buat Becca melihatnya hairan.
"kau bukannya makan pedas pun..kau makan ini"
Kata Freen padanya dengan berikan Chicken Wing padanya dengan nasi padanya dan melihat pada Pyta dengan pandangan senyuman sinisnya namun Pyta tetap cuba berikan senyuman pada mereka dan mula makan.
Pyta yang menunggu di parking lot dan melihat Freen yang datang tanpa Becca buat dia menyilang kedua tangannya di badannya.
"Becca mana?"
"jujurlah..apa sebenarnya kau cuba rancangan kali ini, tiba-tiba macam baik sangat dengan Becca?"
"kau memang suka jadi seseorang yang penuh kecurigaan dengan orang lain kah?"
"selepas apa yang kau buat dengan Becca kau masih mengharap saya layan kau dengan baik kah?"
Mereka pun saling berpandangan dan Pyta pun tersenyum melihat pada Freen dan pabila melihat Becca yang datang dengan cepat Pyta mendekati Freen berbisik pada teliganya tentang sesuatu dan Becca yang melihat sempat terdiam dengan melihat pada keadaan itu.
"aww Bec..kau dah datangkah?"
Freen terus melihat pada Becca dengan senyuman dan mendekatinya dengan mengenggam tangannya masuk ke kereta dengan membukakannya pintu kereta untuknya dihadapan dekat pemandu dan Pyta yang cuba masuk di tempat duduk belakang buat Freen menahannya.
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romansamengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...