Chiang Mai Ram Hospital..,
"mereka didalam keadaan stabil sekarang tapi..siapa budak-budak ni?" tanya doctor Rao pada ketua sami yang membawa dua budak yang ditemui depan kuil buddha tersebut.
"melihat daripada keadaan mereka..ini bukan kes biasa dengan meletakkan budak didepan kuil."jelas ketua sami tu.
"kalau macam tu pakcik patut hubungi polis"kata doctor Rao.
"tak, jika tekaan ini betul dan kes ini besar kerjasama polis takkan membantu buat masa ini ada satu sahaja boleh kita buat untuk budak-budak ni"kata ketua sami itu terus pergi.
Rumah Anak Yatim Care Corner..,
"ketua sami masuklah kenapa tiba-tiba datang?"tanya Puan Mae padanya yang menjemputnya masuk kepejabatnya untuk duduk berbincang.
"saya nak berbincang sesuatu dengan kamu hal yang penting tentang penemuan saya hari ini dan saya mengharap kamu akan bersetuju dengan pemikiran saya"jelas ketua sami padanya.
Seminggu kemudian..,
Freen pun tersedar daripada tidurnya yang lama pelahan-lahan membangunkan badannya di atas katil memegang kepalanya melihat ada orang ditepinya terus mendekatinya.
"jangan risau saya Puan Mae yang akan menjaga kamu mulai sekarang kamu ada sakit dimana-mana ke?"tanya Puan Mae padanya yang bingung melihatnya.
Freen menjawab dengan mengeleng-geleng kepalanya membuat Puan Mae mengusap belakangnya dengan lembut lalu memanggil doctor untuk memeriksa keadaannya.
"keadaan dia baik-baik sahaja kemungkinan dia mengalami Amnesia pada memorinya sebelum kejadian ini"jelas Doctor Prao pada Puan Mae.
"adakah kemungkinan dia akan mengingat semula?"tanya semula Puan Mae padanya.
"tiada kepastian yang boleh mendukung, semuanya bergantung pada pesakit sendiri"jelas doctor Prao.
"baiklah, kalau macam tu bila saya boleh bawa dia balik?"kata Puan Mae.
Doctor Prao mengeluh sebelum membalas pertanyaan Puan Mae.
"puan yakinkah tentang ini?..seorang daripadanya belum sedarkan diri"tanya Doctor Prao padanya.
"apapun mereka alami..kita tak boleh buang ke tepi masalah ini, kita sebagai manusia selagi masih boleh membantu kita akan membantu semampunya"jelas Puan Mae padanya.
2 hari selepas itu..
Freen pun dibawa masuk kerumah anak yatim dan disambut oleh semua penghuni rumah anak yatim itu dengan dua orang penceria rumah anak yatim iaitu P'nam dan Heng terus membawa Freen untuk melihat sekeliling rumah anak yatim untuk membuatnya selesa.
Trauma tidak semua mampu hadapi terkadang diri kita pun takkan mampu sembuh daripada trauma yang ada didalam diri kita.
Puan Mae memegang tangan Becky dengan penuh kasih sayang yang masih belum sedarkan diri itu memadangannya dengan wajah risau mengeratkan pegangan tangannya pada Becky yang seakan mengalami mimpi buruk yang membuat dirinya tidak mampu sedar daripadanya.
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romancemengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...