Perpisahan mungkin boleh dikatakan sebuah keputusan yang akan menyakitkan bagi kedua pasangan untuk lakukan namun terkadang perpisahan juga mampu membuat kedua tidak tersakiti daripada terus berpegang kepada sesuatu yang sudah tidak mampu buat mereka bertahan.
"kamu pun tahu keadaannya seperti mana dengan hal seperti ini dimana kau rasa boleh memenangkan hati orang untuk menerima hubungan kamu berdua jadi saya minta kamu tamatkan saja hubungan ini"
"kenapa? adakah Tuan fikir hubungan kami adalah halangan Tuan dan ayah saya dapatkan pandangan terhormat dari semua orang? adakah sebegitu pentingnya memikirkan pandangan orang lain daripada memilih tidak memikirkan dan percayakan pilihan kami yang Tuan sudah berikan pada kami?"
"jadi kau rasa sesenang mana kamu boleh untuk terus melawan mereka dan mampu menutup mulut mereka daripada terus bercakap tentangnya? didalam dunia seperti sekarang ini kita terkadang perlu memilih walaupun pilihan itu akan menyakiti diri kita sendiri demi orang kita sayangkan"
"kami tak memikirkan padangan orang lain dan hanya memerlukan satu sama lain untuk jadi kuat tapi pabila kami tahu kami masih mempunyai keluarga yang kami boleh berharap untuk bergantung dan percayakan mereka tapi saya tak sangka Tuan telah patahkan kepercayaan kami hanya kerana pandangan orang lain"
"itulah realitinya sekarang Becca,..walaupun sekuat mana kamu cuba bertahan dan teruskan hubungan ini dengan percayakan semua itu bukanlah menjadi penghalangnya tapi kamu akan tetap kalah sebab mereka akan terus menilai kamu dengan mengaitkan orang yang kamu sayang tersakiti bersama"
Air mata Becca mula mengalir kerana tidak mampu menahan pabila mendengar kata-kata itu daripada Tuan Chankimha yang bangun dan berikan beberapa artikel tentang syarikat-syarikat guaman untuknya di atas meja.
"hanya kamu yang mampu membuat keputusan untuk semua ini..fikirkanlah demi kau,Freen dan orang yang kamu sayangkan jika kamu teruskan hubungan ini cabaran apa lagi yang kamu akan hadapi didalam capai impian kamu tanpa masuk campurkan akan padangan orang lain"
Sementara itu,
Freen yang sudah sediakan banyak persediaan di pantai untuk dia dan Becca habiskan masa bersama namun Becca yang dari tadi tidak kunjung tiba itu sehingga petang dan malam yang akan menjelang tiba itu membuat Freen risau pada Becca dan cuba menghubunginya banyak kali namun tidak di jawab oleh Becca.
Becca yang keluar setelah berjumpa dengan Tuan Chankimha dengan wajah sembabnya seakan sudah penat menangis melangkah keluar dengan lemah dan melihat pada telefonnya yang ada panggilan masuk beberapa kali daripada Freen namun hal itu semakin memberatkan hati Becca dan tidak mampu mengangkatnya panggilannya buat masa sekarang.
Freen pun meninggalkan pantai dan segala persediaannya untuk mereka dan pergi ke rumah Tuan Armstrong disambut oleh Puan Rawee melihat wajah Freen yang risau mencari Becca sehingga ke rumah.
"kenapa ni Freen?"
"Becca ada dirumah tak?"
"tiada..kan katanya dia nak jumpa kau? kau tak cuba hubungi dia kah?"
"sudah tapi dia tak jawab"
"tenanglah..mungkin Becca ada hal yang lain sehingga lupa janji dia dengan kau tunggulah disini Becca pasti balik nanti"
"baiklah Puan..saya akan tunggu di luar saja"
Freen pun mengambil langkah duduk di laman depan rumah keluarga Armstrong membuat Puan Rawee yang risau akan mereka berdua membuat Puan Rawee pun cuba menghubungi anaknya Becca.
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romancemengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...