Pilihan memang perlu di lakukan sekiranya kita perlu memilih untuk sesuatu perkara..tapi adakah pilihan yang kita akan pilih adalah pilihan yang tepat untuk kita lakukan..adakah pilihan ini takkan membuat kita terluka kerana memilihnya?..
"adakah kau rasa itu adil untuk mereka?"
"apa maksud kau?"
"kau rasa adilkah dengan alasan ini kita mahu menjadi orang yang pentingkan diri untuk pisahkan mereka, kau sendiri tahu macam mana Freen dan Becca hadapi semua ini sehingga sekarang kau nak pisahkan mereka hanya mahukan penghormatan didepan orang lain"
"tapi sebagai seorang ayah kita memikirkan hal terbaik dan pandangan orang lain untuk melihat kita dan mereka sebagai keluarga terhormat dan memiliki kehidupan yang orang akan contohi tapi jika hubungan mereka adalah halangan tak boleh kah mereka lepaskan dan mengalah"
Tuan Armstrong terduduk diam kerana tidak tahu untuk menjawab apa kerana merasa hal itu sangat pentingkan diri untuk mereka kepada Freen dan Becca setelah apa yang mereka hadapi sampai ke hari ini dan pengorbanan mereka telah membuat keluarga mereka bersatu semula.
"fikirkanlah Armstrong selama ini kita tak pernah dilihat sebegini kepada orang lain jika anak-anak kita boleh berkorban sedikit untuk kita dan keluarga kita untuk dapatkan padangan hormat dari orang lain kenapa mereka nak menolaknya"
"macam mana pula..dengan pengorbanan mereka kepada kita? dan bagaimana pula dengan pilihan dan kebahagian mereka? siapa nak hargai itu..selama ini mereka bergantung satu sama lain sehingga mereka mempunyai kita sekarang sebagai keluarga tapi hanya disebabkan padangan orang kita butakan mata untuk tidak berpihak pada mereka dan percayakan mereka"
Hal itu membuat keduanya kembali terdiam tanpa kata dan bingung didalam untuk membuat apa-apa keputusan untuk hubungan Freen dan Becca.
Tuan Armstrong balik kerumah disambut oleh isterinya Puan Rawee yang perasaan akan wajah resah suaminya seakan dipenuhi dengan banyak beban fikiran dan menawarkan minuman untuknya buat Tuan Armstrong tersenyum dan menuju ke bilik bacaanya.
"ada sesuatu terjadikah? kenapa wajah abang serabut macam tu?"
Tanya Puan Rawee pada suaminya sambil membawa coffee untuknya dan dihidangkan di set sofa didalam bilik bacaannya.
"Becca mana?"
"dia dah tidur awal tadi katanya perlukan rehat secukupnya sebab esok dia kena pergi awal untuk ujian dan Freen pun dah balik lepas bantu dia tadi dalam ulangkaji dan assingment dia"
"baguslah kalau begitu.."
Tuan Armstrong mengambil langkahnya ke set sofa dekati isterinya menghirup coffee panas yang dihidangkan untuknya..
"taknak cakap apa yang bermain di fikiran tu kah?"
Tuan Armstrong mengeluh sebelum menjawab soalan isterinya itu..
"saya jumpa Chankimha hari ini dipejabatnya..tiba-tiba dia nak berbincang semula tentang hubungan Freen dan Becca"
"tentang apa?"
"aku pun tak faham..tapi dia nak memikirkan semula untuk hubungan mereka dan dia fikir jika hubungan Freen dan Becca menjadi punca cara pandangan orang pada keluarga kita mula berubah jadi.."
YOU ARE READING
Secret And Promise{Complete}
Romancemengisahkan tentang persahabatan antara dua keluarga yang musnah disebabkan pihak ketiga kerana cemburu dan perebutan saham syarikat telah mengorbankan kedua anak mereka. namun takdir telah membuat anak mereka berdua tumbuh membesar disebuah rumah a...