Chapter 5 : The Journey To You

275 15 4
                                    

Sebuah perjalanan tidak mudah tanpa tujuan dan tidak semua perjalanan akan mudah ke tujuan kerana perjalanan itu umpama sebuah litar kehidupan yang tidak mudah di capai.

Bangkok, Thailand.

Setelah 13 tahun kemudian..

Febuary 11, 2023..,

Rumah kediaman Tuan Chankimha kelihatan suram dan sunyi pagi itu telah menjadi kecoh dengan kehilangan Cik Muda mereka pagi itu membuat Nin pengasuhnya kecoh bersama pembantu yang lain mencarinya di sekitar rumah.

Selangkahnya melepasi cermin pintu yang menampakkan laman belakang rumah itu buat langkah terhenti seakan melihat satu penampakkan yang dia seakan mengenali bayang orang tersebut.

Nin mula melihat dengan jelas itu adalah Cik Muda mereka Becca yang sedang memanjat pokok belakang laman mereka dan teriakkan Nin melihat hal itu mengejutkan pembantu yang lain terus menuju padanya terus berlari mendekati Cik Muda nya yang amat nakal itu.

"Cik Muda..buat apa ni?"

Kata Nin yang memanggil daripada bawah menyuruh Becca untuk turun namun tidak di endahkan Becca masih dengan cuba mencapai beberapa daun daripada pokok besar itu.

Setelah beberapa kali cubaan akhirnya daun itu dapat digapai olehnya dengan senyuman terukir di bibirnya dan mengangkat tangan menunjukkan daun itu sambil memandang Nin dan pembantu yang lain di bawah melihatnya turut gembira untuknya..

tapi tiba-tiba..

"Papp!"

Bunyi seperti buah mangga yang tergolek ke tanah itu membuat Nin terus cemas mendekati Becca yang sudah mencapai tanah kerana terjatuh.

"Cik Becca" teriak Nin padanya.

Jari bentuk piss Becca berikan padanya dengan bersamaan senyuman manisnya seperti bunga matahari itu membuat wajah kelegaan terpancar di wajah Nin yang membantu Becca untuk bangun itu.

"betulkan Cik okay ni"

Tanya Nin padanya sambil memegang lengannya sambil Nin membersihkan bahagian juburnya yang kotor kerana jatuh tadi.

"saya okay jangan risau" kata Becca dengan yakin berikan senyuman.

"Bec kamu okay ke?" Tanya Mama Nun yang daripada pintu itu memanggilnya.

Melihat ibu kesayangannya itu terus membuat Becca berlari kecil dan mendekati ibunya dengan pelukan membuat Puan Nun sangat gembira dengan kecerian yang Becca berikan didalam hidupnya.

Malamnya.. Becca yang duduk di balkoni biliknya melihat pada langit malam itu dengan baju pijamas gummy bear sambil sedang menyambung gelang matahari nya dengan daun-daun yang dia ambil tadi daripada pokok yang besar itu.

"aku rindukan kau" 

kata Becca setelah siapkan gelang itu dengan senyuman namun hatinya yang merindukan seseorang itu bangun berdiri dekat palang balkoninya melihat langit mengadah tangannya berdoakan sesuatu.

***

Di tengah hari kesibukkan sebuah kedai runcit serbaneka Freen yang sedang melayan pelanggan yang datang dan masuk menampakkan kesibukkannya di kuanter namun telefonnya yang asyik keluarkan nada chat masuk itu membuat dia agak merasa terganggu namun tetap tenang melemparkan senyuman dan melayan pelanggannya pada akhirnya bunyi nada dering lagu Flip dari telefonnya membuat dia mengeluh geram.

Secret And Promise{Complete}Where stories live. Discover now